ANDA PERLU TAHU TENTANG TUDUNG BAWAL TERKINI

1/14/2016 10:34:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

ANDA PERLU TAHU TENTANG TUDUNG BAWAL TERKINI. Ramai wanita muslim di negara ini mula memilih untuk berhijab. Bila dah berhijab tu memang sinonim la dengan pakai tudung bukan tudung saji. Walaupun syarat menutup aurat tak semestinya pakai tudung.. Asalkan tutup je dah di bolehkan. Tapi takkan kita nak tutup kepala dengan baldi pulak. Jadi Tudung di cipta untuk memudahkan golongan wanita menutup aurat. Ada jugak yang fashionista sikit dia tak pakai tudung dia pakai turban je tutup kepala. Tapi majoriti orang awam ni lebih selesa dengan tudung la dari turban. Sebab tak nak tampil terlalu berani dalam gaya berhijab ni. Yelah.. sederhana tu di galakkan supaya tidak terlalu menarik mata mata liar memerhati. Bukan orang Islam jer suka berhijab ni malah ada di antara wanita yang bukan Islam juga mula berminat dengan fesyen berhijab yang katanya lebih nampak sopan & di hormati, maka fesyen2 tudung jugak di pelbagaikan mengikut trend & gaya hidup terkini.


Dulu tudung bawal memang popular la di kalangan mereka yang bertudung. Siap ada kelas lagi. Tudung bawal kelas 1 la.. kelas 2..  Dimana mana sahaja kita boleh nampak ramai yang mengayakan tudung bawal sehinggalah fesyen tudung lain di perkenalkan. Perlahan lahan tudung bawal mula menjadi fesyen tudung yang out of date sebab ramai yang beralih arah dengan fesyen tudung sarung katanya.

Tapi kini Tudung Bawal mula di perkenalkan kembali & mendapat sambutan hangat di kalangan wanita wanita bertdung kerana sentuhan & design baru yang mengikut trend terkini. Tudung bawal terkini tidak lagi di gayakan dengan cara tipikal macam dulu.. berbentuk 4 segi & di pakai dengan cara melipat menjadi tiga segi. Bila dah upgrade fesyen Tudung Bawal ni maka ia kembali menjadi pilihan wanita berhijab untuk mengayakannya termasuk artis popular macam Najwa Latif. Tengok macam mana Najwa Latif gayakan tudung bawal agar nampak stylo & trendy. Comel tak? 

Najwa Latif

Tudung Bawal ni orang kata kalau pakai lebih nampak muda berbanding tudung2 lain. Mungkin material kain dia yang di mudah di bentuk muncung kat hujung membuatkan si pemakai nampak lebih comel & muda dari usia sebenar. Di tambah lagi tudung bawal terkini di datangkan dengan pelbagai corak & seleksi warna yang sangat menarik sesuai dengan citarasa masakini. 


Sekarang nak membeli belah tudung bawal terkini tak perlu lagi nak terjah butik2 atau kedai kedai menjual tudung.. Boleh di beli secara online tanpa perlu mengeluarkan tenaga yang banyak. Nak2 lagi sekarang musim el nino katanya.. Panas yarabbi. Kadang2 nak keluar pun rasa malas apatah lagi nak jenjalan kat pasar2 malam cari tudung bawal ni kan? Ok.. ok.. takpe yang takut kena sunburn katanya nak keluar rumah.. anda boleh google jer. Banyak online shop sekarang menjual tudung bawal terkini contohnya Anda boleh melihat koleksi terkini tudung tudung bawal kat sini >> Tudung Bawal Terkini <<

Jadi hijabnista sekalian.. Beralih la kepada fesyen tudung bawal terkini untuk tampil lebih anggun, menawan, sopan, comel & tampak lebih muda. Tudung bawal terkini ni boleh di gayakan setiap masa, suasana & majlis, jadi tak perlu risau dengan fesyen dia yang sederhana anda tidak akan kelihatan janggal untuk bergaya dalam apa2 situasi sekalipun.

4 comments:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com