HANYA MITOS BIO ESSENCE 24K BIO GOLD PUNCA JERAWAT

1/04/2016 03:25:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

HANYA MITOS BIO ESSENCE 24K BIO GOLD PUNCA JERAWAT. Dulu ada jugak orang share pengalaman kat entri aku pasal produk bio essence katanya dia pakai 1 set siri Bio essence 24k Bio gold ni jerawat dia semakin menjadi jadi.. Sebab sebelum dia pakai siri ni pun memang muka dia sedia berjerawat. Tapi terpengaruh dengan promoter bio essence auta apa ntah kat dia.. konon siri Bio essence 24k gold ni mampu mengurangkan masalah jerawat dia pun beli la. Bila pakai jerawat naik macam cendawan yang tumbuh lepas hujan.


1 set siri Bio essence 24k gold ni memang agak mahal. Cecah ratus ringgit jugak la. Tapi aku ni kan pengguna setia bio essence walau aku jarang setia pada satu siri jer.. Baru2 ni aku beli Bio Essence 24K Bio-Gold Platinum Dual Cream.. Dalam satu bekas dia ada 2 cream. Day Cream (krim siang) & night Cream (cream malam. Untuk siri Bio Essence 24k bio gold ni aku dah cuba 3 jenis.. skin radiance cleanser, Bio gold bio water & yang terbaru Bio Gold Platinum dual cream ni. .

Koleksi terbaru produk bio essence aku. Yang dual cream siang malam ni harga dia RM65++ 

Cukup2 puas hati ok dengan hasilnya.. Jerawat? Cuma mitos mengatakan siri bio essence 24k Bio Gold ni penyebab jerawat kalau kulit anda bebas jerawat. Kulit aku pun dulu ada masalah jerawat tapi aku tak guna set Bio essence 24K gold nak merawat jerawat sebab Bio gold ni setahu aku lebih kepada memberi keanjalan, kelembutan,mengurangkan kesan penuaan,kedutan.. untuk bagi kesan glowing & flawless pada wajah & sudah semestinya mengekalkan kecantikkan kulit. Macam dual cream yang aku baru guna.. Untuk cream siang ada spf 25 yang melindungi kulit dari sinar UV selain memberi kesan glow pada wajah sebaik kita sapu. Serius kali pertama apply kulit rasa lembut & licin sangat. Walaupun kulit aku jenis senang berjerawat tapi tak menyebabkan jerawat tumbuh pun pakai dual cream ni. Cream malam pun sama.. memang muka kita nampak muka bersinar lepas apply. Tak berminyak atau melekit.. Tu dah menjadi identiti cream bio essence. Semua cream dia memang tak berminyak. Bila kita apply terus meresap dalam kulit.

Yang Ni Bio Gold Bio Water.. Dah 10 Bulan aku consistent guna. Ni botol kedua. Aku beli value pack haritu dalam RM52++ kot tak silap. Dapat Free Trial Bio Essence Skin Radiance Cleanser

Memang tak rugi guna produk bio essence 24k Bio gold ni.. Tapi kena consistent. produk ni bukan hasilnya secara drastik tapi kesannya memang fantastic bila kita amalkan pemakaian secara consistent. Sebab tu walau aku ni suka campur produk2 tetap ada produk bio essence yang aku guna. Sekarang memang 3 produk skincare yang aku guna setiap hari adalah bio essence 24k bio gold.

Skin Radiance Cleanser ni yang besar harga dia tak sampai pun Rm20. 

Jadi.. Mana2 yang ada masalah penuaan & kulit kusam.. try la Bio Gold Bio Water, Bio Gold Skin Radiance Cleanser & Bio Gold Platinum Dual Cream. Insya Allah.. membantu memberi sinar baru pada kulit wajah anda yang sedih selama ni. hehehe

2 comments:

  1. Sy baru try bio gold water nie...best. nk tanya, utk lingkaran hitam bwh mata nk pki apa ye sis?

    ReplyDelete
  2. Dia tak sesuai untuk umur 18 tahun ke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com