BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA

3.8.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

BIHUN GORENG KUAH LAKSA MENU RARE DARI UTARA. Kalau orang kedah dah familiar dengan menu bihun goreng kuah laksa. Atau certain2 negeri di bahagian utara tanah air pun ada yang dah biasa dengan menu tu. Tapi bagi yang mungkin dari luar utara mungkin tak pernah tahu apatah lagi rasa bihun goreng kuah laksa ni. So kalau kita cerita pasal bihun kuah laksa mula la depa berkerut dahi cuba membayangkan kombinasi rasa bihun goreng yang di kahwinkan dengan kuah laksa dalam satu mangkuk katanya.


Sebenarnya menu ni dari aku kecik lagi dah wujud tapi tak tahu sapa pencetusnya. Tapi cuma tak ramai orang buat sebagai jualan. Pendek kata belum di komersialkan sehingga kini.  Kat kedah pun menu ni tak banyak boleh jumpa orang jual. Ni macam menu2 rare jugak la. Tapi takpe kalau tak ada orang jual pun bukan susah nak sediakan malah menu bihun goreng yang sebelum ni cuma menu ringan kalau di gabungkan dengan kuah laksa boleh jadi menu istimewa jugak dalam jamuan makan makan. Sebabnya bukan semua orang pernah rasa menu ni.

Cara nak buat dia pun tak susah.. Bihun goreng tu buat macam bihun goreng biasa jer. Kuah laksa pun buat macam kuah laksa yang biasa jugak. Kalau tak reti nak buat kuah laksa boleh rujuk kat entri ni >> Resepi kuah laksa << Kalau tak reti nak buat bihun goreng tak apa akak boleh tolong bagi resepi

Bahan2 dia..

Bihun (rebus sekejab bagi lembut tapi jangan lembik ok)
Sos tomato
sos cili
kicap masin
kicap manis (kalau ada. Kalau tak ada tak perlu)
cili serbuk
kiub pati ayam
taugeh
kucai
daging ayam
fishball (kalau tak ada tak perlu)
bawang merah & putih (untuk menumis)

Antara bahan2 nak memasak bihun goreng. Tapi tak semua ada dalam gambar. hahaha

Mula2 bancuhkan bahan2 pes dia seperti sos tomato,cili,kicap manis,kicap masin,cili serbuk. Campur semua dalam satu mangkuk tambah air sikit kemudian kacau sampai sebati. Panaskan minyak tumiskan bawang, kemudian masukkan isi ayam & goreng sekejab. Masukkan pes yang di bancuh tadi, masukkan kiub pati ayam  & masukkan fishball kalau ada. Masak sekejab kemudian masukkan kucai & bihun yang di rebus. gaul hingga semua bahan2 sebati. Akhir sekali masukkan taugeh. Masukkan garam kalau rasa tak cukup masin. Gaul rata kemudian padamkan api & boleh di hidang.

Bahan2 lauk dia macam ayam, fishball tu bergantung pada korang. Kalau nak tukar guna udang, sotong atau2 apa2 seafood yang korang rasa sedap. suka hati la.

Maka Hasil dari meronggeng kat dapur lekat lekit katanya.. Inilah rupanya bihun goreng kuah laksa.

Macam ni gambar rupa paras bihun Goreng Kuah Laksa. sedap jugak kalau di makan bersama sambal sotong.  Ni kalau ambil gambar guna camera smartphone yang terbaru dari huawei mesti lagi lawa gambar ni kan?Almaklum la camera smartphone yang terbaru ni boleh buat macam kesan pada gambar ala2 DSLR gitu. Kalau korang nak tahu smartphone apa yang ada fungsi camera yang ala2 DSLR tu meh tengok kat sini >> Dua Photographer Pro Yang Famous Di Instagram Berkongsi Pengalaman Guna Camera Smartphone yang gempak ni <<

Jadi yang tak pernah dengar pasal bihun goreng kuah laksa tu sila la cuba yer. Insya Allah sekali cuba nak lagi & tak menyesal punya. Makanan orang kedah ni normally memang sedap sedap. hehehehe

4 comments:

  1. Dulu masa kecik2 saya tak boleh mkn laksa, jadi mak saya ganti dengan bihun..sejak tu, skrg dah jadi my feveret hehe

    ReplyDelete
  2. Amboi! Bukan main memuji lagi maklumlah makanan dia...

    Serius inilah kali pertama akak dengar bihun goreng kuah laksa. Bihun goreng akak suka. Laksa akak suka. Tapi bila tengok gambar ni, macam tak berapa in pulak anak tekak sebab belum pernah cuba. Kotnya kalau terjumpa orang jual, kenalah beli.

    Nak suruh akak buat sendiri kat rumah?

    Kirim salamlah, maleh ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!