8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8

9/23/2016 05:00:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HUAWEI HONOR 8. Huawei antara jenama smartphone yang aku ingin miliki juga. Sebagai pengenalan huawei honor 8  salah satu smartphone terbaik di tahun 2016. di levelkan sebagai smartphone kelas atasan kerana di lengkapi dengan teknologi terkini yang berkualiti & canggih. Dengan reka bentuk yang memenuhi keperluan hidup gaya masa kini.. Ia tampak sangat elegan, eklusif & mewah..


Jadi tidak hairanlah Honor 8 kini menjadi idaman ramai pengguna kerana kelebihan & keistimewaan yang ada pada Honor 8 memang melengkapi gaya hidup zaman sekarang. Lebih2 lagi bagi mereka yang suka berselfie & mengambil gambar. Maka smartphone seperti Huawei Honor 8 adalah paling sesuai bagi golongan ini kerana melengkapi apa yang anda mahukan dalam gambar. Almaklum la selfie & photography sekarang dah jadi satu trend sekarang ni.

Antara sebab kenapa anda perlu menjadikan Huawei Honor 8 sebagai smartphone pilihan anda..

1. Design & warna hitam putih, biru & emas yang nampak elegan, eklusif memenuhi gaya hidup terkini. Yang penting ia nipis & tahan lasak. Orang sekarang memang tak nak smartphone yang tebal2 macam sabun buku dah.. Sebab macam2 benda mereka nak sumbat dalam bag/handbag.. power bank bagai. Jadi smartphone yang nipis & tahan lasak adalah menjadi pilihan orang zaman sekarang.

Huawei Honor 8 di datangkan dalam 4 warna yang menarik

2. Di lengkapi dengan Dual Camera 12MP. 8MP kamera depan yang  memenuhi ciri2 yang di perlukan pengguna smartphone yang suka berselfie & mengambil gambar sebab gambar lebih kelihatan terang & cantik.. Takde pecah2 bila zoom in. Jadi perkara ni memang menjadi pilihan untuk mereka yang kaki bergambar. Nak2 lagi kaki selfie, camera hadapan sangat penting bagi mereka. Kebanyakkan smartphone camera depan memang agak kecil megapixel dia menjadikan gambar selfie kurang menarik. Tapi dengan honor 8.. 8MP memang memenuhi keperluan kaki selfie ni


3. Amat sesuai untuk mereka sukakan photography kerana kelebihan smartphone ini pada fungsi kameranya. Antara salah satu kesan menarik yang boleh di hasilkan dengan kamera honor 8 ini adalah membuat kesan bokeh yang biasanya hanya boleh di ambil menggunakan kamera DSLR. Ia bagaikan DSLR dalam smartphone. Jadi tak perlu lagi membawa DSLR memerlukan ruang yang besar dalam beg anda selepas anda memiliki huawei honor 8.


4. Menggunakan processer 2.6 Ghz CPU Octa Core dan di sokong dengan 4GB LPDDR4 RAM menjadikan ia lebih laju.  Ia menggunakan sistem operasi Android v6.0 Marsmallow. membuatkan pergerakkan lebih laju & lancar di skrin.


5. Ia juga di lengkapi teknologi Fingerprint sensor untuk sistem keselamatan smartphone anda. Setiap cap jari @ fingerprint manusia tidak sama jadi dengan sistem keselamatan cap jari @ fingerprint ni memang tidak semua orang boleh menceroboh smartphone anda sesuka hati. So takde istilah Smartphone & account media sosial anda kena hack di sebabkan orang lain boleh buka smartphone anda sesuka hati di luar pengetahuan anda.


6. Mempunyai skrin bersize 5.2 inci berteknologi IPS-LCD & Full HD. resolusi tinggi membuatkan paparan gambar pada skrin lebih jelas & terang. Kalau macam aku ni selalunya kalau nak paparan lebih jelas terpaksa transfer gambar ke PC sebab skrin smartphone kecil tapi dengan honor 8 pengguna dapat views yang lebih jelas.


7. Boleh di jadikan remote TV & aircon untuk lebih dari 5,000 jenama antarabangsa & 230,000 model antarabangsa. Almaklum la remote ni macam hantu dalam rumah.. Selalu je hilang berbanding smartphone sentiasa melekat atas tapak tangan. Jadi.. tak perlu naik angin bila cari remote tv @ aircon tak jumpa dengan honor 8 membantu menyelesaikan masalah remote hilang.


8. 3000mAh bateri capacity yang boleh bertahan sehingga 1.77 hari untuk penggunaan biasa & 1.22 hari untuk penggunaan yang banyak. Boleh bertahan sehinggan 10 jam untuk menonton video secara offline. Jadi tak perlu risau bateri cepat habis walau baru tengok 1 video.

Untuk lebih detail tentang Spesifikasi Huawei Honor 8 di sini http://www.lazada.com.my/honor-8/

Tak pelik la jika Huawei honor 8 mendapat sambutan & menjadi kegilaan ramai. Fungsi & kecanggihan teknologi terutama camera & mempunyai memori yang besar memang memenuhi keperluan pengguna smartphone. Di tambah lagi dengan size yang nipis, warna yang anggun & design yang menarik.. Jadi tiada alasan untuk anda tidak memilikinya.

5 comments:

  1. kita Kena masuk kan link affiliate kita tu kan suria..?Bukan link yang dia bagi tu..keliru akak cemana nak dapatkan link affiliate kita guna deeplink picker tu..aih..pening..

    ReplyDelete
  2. Salah satu lagi smartphone yang boleh dipertimbangkan (bukan ditimbang-timbang ek) kalau nak mencari smartphone baru. Kamera mestilah yang canggih walaupun tukang snap pic takdalah canggih mana skilnya ^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com