TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST

9/12/2016 02:25:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

TENGOK PROMO FILEM SERAM VOLKSWAGEN KUNING PUN DAH TAK BEST. Awal awal nak minta maaf la kepada semua yang di bayar untuk mempromosikan filem seram terbaru Volkswagen Kuning Terbitan MiG Pictures. Tahu.. korang buat sebab kerja kan.. Sumber rezeki korang. Jadi takkan korang nak cakap filem tu tak best kan? Sempenan hari raya Aidiladha ni aku minta maaf zahir & batin la yer pasal entri yang aku tulis ni. Sebab aku ni kan peminat filem seram.. Banyak kali filem terbitan MiG mengecewakan aku bukan sekali dua ok! Aku gigih beli dvd original tapi kualiti filem walau bergenre seram selalu buat aku sedih macam mati anak patung katanya.


Sekarang ni nampaknya mula di tayangkan promo Filem Volkswagen Kuning. babak yang di pertaruhkan dalam promo tu babak pelakon Pekin & Atikah Suhaime dalam kereta. Dengar Atikah Suhaime tu berdialog dalam babak tu pun dah nampak tak real & tak menjadi langsung. Serius tone dia memang nampak dia tak menjiwai watak yang di bawa. Masih tahap amatur je dia membaca skrip. Sayang sebab gandingan dia pelakon yang hebat bagi aku. Pekin sepatutnya tak di gandingkan dengan heroin pembaris macam tu. Gandingan tu buat spoil je bagi aku.

Video Trailer Filem Volkswagen kuning

Serius promo filem tu pun buat aku membayangkan filem tu memang tak menepati piawaian seram yang aku harap & filem tu pun aku rasa sama level macam filem Jalan Puncak Alam jugak. Aku beli dvd original ok filem Jalan Puncak Alam tu.. Bukan apa Jalan puncak Alam tu antara cerita seram legend di Malaysia juga sama macam kisah Volkswagen kuning. Bijak tau Uncle David Teoh nak berniaga filem.. Dia kutip cerita2 yang legend kemudian dia buat filem asal siap, upah pengamal media sosial promote di samping promosi jugak di buat di media2 cetak & elektronik maka filem dia nampak macam gempak sangat. Walaupun belum tengok tapi pengalaman pahit menonton filem2 seram terbitan MiG ni memang aku rasa sinonim.. Filem tak best datangnya dari MiG walau ada la satu dua tu boleh la hadap. Tapi tu la yang boleh hadap tu cuma satu dua.. beratus dua yang lain memang azab je menonton. hahahhaa.

Antara koleksi filem Mig Picture. Aku rasa ada lagi yang aku terbeli tapi malas nak selongkar Arkid seram aku tu hahaha. Bukan satu dua dvd seram aku ada ok!

Dari tajuk memang menggugat keimanan aku jugak la sebab aku kan peminat cerita seram & selalu membaca kisah2 seram berkaitan Volkswagen Kuning. Tu aku mengaku. Hati aku selalu jadi dalam dilema bila MiG keluarkan filem seram yang di adaptasi dari cerita2 seram yang popular kat Malaysia ni tapi.. entahlah aku fobia jugak nak beli filem2 terbitan MiG walau kadang2 terbeli jugak sebab tetap rasa nak tengok jugak macam mana cerita seram yang selama ni kita baca dari perkongsian mulut ke mulut di filemkan. Tapi bagus jugak tengok filem MiG ni ada sumber nak mengutuk filem dia.hahahaha. Tapi tu la entah kenapa walau di kutuk bagai nak rak orang ramai penonton pun tetap tak ada perubahan. Nak buat macam mana pejuang seni takkan sama dengan penjaja seni, ye dak?? Hope MiG buat la perubahan.. cari la pengarah yang berkualiti sikit untuk buat filem2 yang best agar tak jadi sumpah seranah penonton lepas beli tiket wayang atau beli dvd. Beli dvd cetak rompak pun aku rasa tak berbaloi tau kalau filem MiG ni apatah lagi yang original. Memang rasa macam membeli sampah jer.

Tu dia... filem belum tengok aku dah kutuk kaw kaw katanya. Tetiba filem tu best jenuh nak tarik balik kritikan membunuh ni katanya. Entahlah.. dari promo filem tu pun aku rasa memang tak best langsung. Filem tu tak tau la macam mana. Aku rasa bukan aku cakap hangpa rasa, ok!. Ini rasa aku yang selalu tertipu dengan filem MiG. hahaha Tapi entri mengutuk ni pun boleh jadi salah satu cara promosi filem tu jugak. aku tak kisah kalau ada orang pergi tengok filem tu lepas baca entri ni at least dorang boleh nilai sendiri tahap kualiti filem MiG.. tak kenal maka tak cinta katanya. Tapi sementara nak kenal kaya dulu uncle david teoh hahaha

Moral of the story.. Kalau orang yang punya citarasa tinggi dalam menonton filem aku tak rasa filem2 MiG menjadi pilihan mereka. Tapi kalau korang nak tau korang Citarasa korang terhadap filem ni boleh test kat sini >> Adakah Anda Mempunyai Citarasa Yang Tinggi & Baik Terhadap Filem. Ni cara untuk Anda tahu << Kalau jenis taste2 biasa yang mudah terawang bila tengok pelakon cantik & hensem memang dia tak kisah pasal kualiti filem. hehehe

7 comments:

  1. Filem seram Malaysia mmg sy tak tonton.. tahu dah tak mencapai piawaian seram yg dikehendaki... Hehe...

    ReplyDelete
  2. Berbeza pendapat dengan auni, rasa macam menggugat jiwa nak pergi tengok.. tapi hakikatnya tunggu keluar tv baru nak donlod.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang selalu tengok filem seram memang tahu la kualiti Filem MiG macam mana. tu pun yang betul2 taste seram la.. yang seram2 manja maybe filem MiG dah cukup seram hahaa

      Delete
  3. saya memang takkan tengok citer seram. penakut

    ReplyDelete
  4. Memang malang pekin kategori A berlakon dgn artis perempuan blakon cm pembaris. Harap rupa n kontroversi je.. Mmg flop la cte ni nnt

    ReplyDelete
  5. Dah xde mood nk tgk volkswagen kuning.bru duk google nk book tiket. :-(

    ReplyDelete
  6. hihi. Pekin memilih pelakon, tapi dia bagi peluang kat atikah utk asah bakat. atikah nampak cam fazura dlm filem ni. Nampakla ada improvement sikit. and filem ni so far ok gak. Sebab tak macam cerita hantu lain. Plus expectation dya pun takda la tinggi melangit. Cuma santai2, hilangkan stress and lawak cerita ni..lagi2 watak pak ayob.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com