KALAU KAHWIN DENGAN NEGRO CONFIRM MASUK NERAKA KE?

9/29/2016 04:01:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KALAU KAHWIN DENGAN NEGRO CONFIRM MASUK NERAKA KE?. Aku ada baca pasal viral seorang peniaga online yang jual jeruk daging ni. Rasa macam kelakar campur kurang ajar pun ada. Aku sendiri tak tahu samada nak gelak dulu atau marah dulu.. Tapi aku rasa adalah yang terbaik ketawa dalam kemarahan. Atau lebih senang faham senyum sinis je pada spesis macam tu.


Alkisahnya terbaca satu screenshot perbuatan antara seorang makcik ni dengan seorang peniaga jeruk daging secara online.. Tetiba celah tu dia tanya pasal seorang budak yang ada dalam gambar peniaga tu. Maybe profile picture dia la kot.. Sebab rambut budak tu kerinting halus. Dia tanya la rambut asal ke rambut pergi buat kat kedai. Bila peniaga ni explain rambut original sebab anak dia tu mix melayu nigeria. Atau bahasa kasar sikit melayu kahwin dengan negro@ orang africa.


Terus makcik ni katanya tak jadi beli sebab suami dia tak bagi berurusan dengan negro. Negro semua perangai buruk... Orang macam tu rasanya try campak dia sebulan kat afrika suruh dia berkenalan dengan orang2 kat sana. Manusia ni tak kira la warganegara apa sekalipun.. dia ada baik & buruknya. Jangan nak pukul rata sangat la.. bangsa ni jahat, bangsa ni baik. Apa kau fikir lain sebagai melayu terus yang ber cop ahli syurga ke macam mana? Terus kau takkan berbuat dosa atau kejahatan di atas muka bumi Allah ni?? Kau yang kahwin sesama bangsa melayu pun mulut jahat & hati busuk.. tak payah nak judge orang sangat la.

Kalaupun kau rasa tak sedap hati nak berurusan jual beli sebab kau tahu laki dia negro tak payah la kau nak biadap sangat cakap macam tu kat dia seolah2 dia ada buat dosa besar dengan kau!! Just kau cakap tak jadi beli sudah.. Perlu ke kau nak sakitkan hati dia?? Dia kahwin dengan negro kau rasa sakit kat bahagian rahim ke macam mana?? Lagi satu kalau kahwin dengan lelaki afrika ni confirm masuk neraka ke macam mana? Atau terus barang dagangan dia jadi haram? Kau punya persepsi seolah2 mengambarkan macam tu je bila kau rasa kau tak boleh berurusan dengan wanita melayu yang kahwin dengan orang afrika sebab kau judge orang afrikawajib jahat.

Moral of the story.. Islam bukan hanya wujud dalam bangsa melayu.. Yang baik bukan hanya datang dari bangsa melayu.. Ahli syurga pun bukan terdiri dari bangsa melayu je malah dalam neraka nanti bukan takkan ada langsung di kalangan mereka berbangsa melayu so tak payah racist sangat.

3 comments:

  1. Astagfirullahalazim....terkejut baca..dia ni elok campak masuk hutan je baru tau rasa dipulaukan oleh monyet2 cemana rasa..Dia inagt dunia ni hanya orang melayu je la yang patut ada..

    ReplyDelete
  2. Sebab baca entri ni di sini semalam (tak sempat komen) dan tertonton dalam Astro Awanilah buat akak pun nak berkongsi cerita yang sama hari ni. Memang tak tahulah nak kata apa. Nak kata kolot kang kena hentam pulak, kata kita kurang ajar pulak. Tak pasal-pasal budak tu jadi isu padahal nak beli daging aje! Tang mana yang berkaitan pun tak nampak sampailah hari ni tau!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com