BAHAYA GUNA TELEFON KETIKA MENGECAS HANYA MITOS

26.1.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

BAHAYA GUNA TELEFON KETIKA MENGECAS HANYA MITOS. Selama ni mati mati kita percaya kalau guna telefon sambil cas sangat bahaya rupanya takde hal pun kalau nak guna telefon sambil cas. Tak menyebabkan bahaya pun. Macam mana aku tahu..


Biasa la aku kan suka membaca. Aku ada terbaca satu artikel bertajuk 6 Mitos Tentang  Mengecas telefon yang patut anda berhenti percaya.. salah satunya adalah mitos tentang bahaya guna telefon sedang di cas. Sebenarnya kalau kita guna charger & telefon original brand bukan low yat @ klon made in china punya tak jadi masalah besar. Peratus nak meletop macam berita berita yang kita pernah baca tu sangat kurang melainkan kita guna peranti yang cap ayam china bagai tu memang berisiko tinggi la.

Biasa la barang murah, tiruan memang la berisiko. benda2 cepat meletop ni elok modified buat bom jer bawak pergi ke negara yang berperang. Bunuh musuh2 yang menggugat keamanan. Tak elok simpan dalam rumah. Kalau tak meletop kadang boleh menyebabkan smartphone yang kita beli dengan harga ribu riban tu boleh rosak sebab guna charger cap ayam made in china. Nak berjimat beli barang murah alih2 rugi banyak. Sebab nak jimat pakai charger RM10 habis lingkup smartphone beribu ribu. Tak berbaloi & tak berjimat pun.

Tapi tu la.. Bukan kata orang lain aku sendiri pun kadang2 rasa gigil jugak nak keluar duit semata mata nak beli charger enpon yang original sebab mahal. Sebab selama ni kita dok guna charger tiruan pun ok jer.. Paling2 yang rosak charger tu je enpon masih selamat. Meletop sampai cacat muka pun tak pernah tu yang kita sentiasa confident benda tu selamat. Tu nasib baik jer.. bukan jaminan selamat pun.

Apapun bukan je pantang larang orang dulu kala je banyak yang mitos.. Zaman moden macam ni pun banyak mitos termasuk berkaitan dengan gadget2 elektronik. Kalau hangpa nak baca apa lagi 5 mitos pasal  mengecas telefon ni selain yang aku cerita di atas boleh baca kat sini >> 6 Mitos Tentang  Mengecas telefon yang patut anda berhenti percaya << Confirm hangpa pun tergolong dalam golongan yang pernah percaya mitos2 ni, kan?

Sebab tu setiap khabar atau berita yang di sampaikan kita kena selidik dulu supaya kita tak di perbodohkan seumur hidup sebab percaya perkara mitos yang tiada bukti sahih.

5 comments:

  1. Replies
    1. Banyak dah kejadian pengguna kena renjatan letrik dan mati guna phone yg sedang dicas. 16 April Suhana Mohamad umur 39 tahun beranak 2 isteri anggota polis meninggal guna phone dicas.

      Delete
  2. Oh ye ke? Tapi tak salah kalau beringat kan? Malang tak berbau.... Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib beringat. Dah mati baru beringat dah takguna. Mayat jadi kerekot kalau kena renjatanletrik.

      Delete
  3. aku mmg terpaksa keluarkan duit berpuluh demi ipad anak aku ... sakit ati bila charger putuis...... haaaihhh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!