GAMBAR WAJAH AZNIL HJ NAWAWI 32 TAHUN LALU MEMANG LAIN

8.1.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

GAMBAR WAJAH AZNIL HJ NAWAWI 32 TAHUN LALU MEMANG LAIN. Pak Nil ni aku memang suka dia mengacara & ber dj sejak dulu. Happening jer kalau dia handle sesuatu program TV atau radio tu. Dulu aku selalu call dia waktu dia On Air kat radio RFM slot hip hop remaja. Almaklum la zaman dulu aku memang gila call radio sikitt. Habis semua DJ radio aku call. takl kira la sekadar sembang2 off air atau join segmen secara On air.


Dalam dok penuh news feed FB aku dok share pasal kes Fizo Omar dengan Blogger Emas Putih isu sentap menyentap tu tu terpandang satu post dari Pak Nil (Aznil Hj Nawawi) gambar dia masa di universiti 32 tahun lalu. Waktu tu katanya umur dia baru 22 tahun. Muda remaja lagi.. Tapi sekarang pun nampak remaja katanya. Memang lain sikit berbanding sekarang. Maybe sebab gambar tu pun dalam sephia tone katanya. Tu nampak lain kot. Yelah zaman tu mana ada teknologi camera canggih macam sekarang. Nak ambil gambar pun kena pergi kedai gambar. Lain la sekarang ramai yang ada DSLR.. kalau takde DSLR ada smartphone berkamera pun boleh ambil gambar secantik DSLR cuma perlu tahu teknik & trick je. Betul aku tak tipu.. Nak tau macam mana nak ambil gambar macam kualiti DSLR guna smartphone meh tengok kat sini >> Rahsia Ambil Gambar Guna Smartphone Tapi Kualiti Sama Cantik Dengan DSLR yang ramai tak tahu <<

Rambut kembang lagi tu hehehe

Apapun muka memang macam budak2 baik je paknil. Tak nampak macam muka budak nakal pun. Yelah.. Kalau dulu yang masuk IPT tu memang kebanyakkan budak2 skema yang rajin belajar je. Hehehehe.. berbanding sekarang budak2 pandai dah tak berapa skema katanya. Depa dah seimbang. Pandai bergaya & pandai belajar.

Tengok gambar2 lama nak2 tahun 80an ni memang mengamit nostalgia betul. Tapi tahun tu tak ramai orang ada camera sendiri. Kalau zaman tu macam sekarang camera semua atas tapak tangan je.. Tak rare sangat la gambar2 pada tahun tu, kan? Yang tak berapa ada tu kalau ada jadi sangat bernilai. Sebab susah nak dapat.

4 comments:

  1. lain benor rupanye //// hahahahhaha

    ReplyDelete
  2. kalau tak beritahu yg dlam gambo tu paknil sampai ke sudah pon akak kompom tak dapat teka dik...kikiki...muda belia gamaknye mesti la lain

    ReplyDelete
  3. Jauh betul bezanya. Memang innocent sangat rupa PakNil ni. Tapi sekarang lagi cunlah, lagi tua lagi bergetah katanya. Keh3x.

    Dulu-dulu manalah secanggih sekarang. Gambar pun tak banyak. Bukan macam sekarang semua pun nak diselfiekan. Dulu-dulu ambil gambar ni bukan perkara biasa, luar biasa tau!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!