INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM

28.1.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

INI BUKTINYA TANDAS AWAM DI MALAYSIA PALING SERAM. Tu dia.. Orang malaysia ni memang terkenal dengan kisah seram sana sini. Tapi kalau buat filem seram manjang failed. Mungkin deria seram pembikin filem2 seram ni dah hilang sebab banyak sangat hadap benda2 yang menyeramkan kat Malaysia ni sampai dah tak tahu apa yang seram & tidak untuk di garap dalam filem. Atau mungkin deria seram penonton macam aku yang dah cacat sebab banyak sangat tengok filem seram. hahahaha


Tapi ada satu benda yang rakyat Malaysia cuak & rasa seram setiap kali nak masuk. Iatu tandas awam kat Malaysia. Survey la mana2 pelancong asing.. Majoriti akan undi tandas awam kat malaysia la paling menyeramkan berbanding negara negara maju yang lain. Aku sendiri pun kalau masih ada pilihan kencing berak kat rumah sendiri aku takut nak masuk tandas awam. Kecuali la dalam perjalanan jauh.. Nak tak nak takkan nak patah balik rumah kot. So, bila tak ada pilihan maka aku terpaksa kuatkan semangat jugak la masuk tandas awam.

Sebab ramai rakyat malaysia yang guna tandas awam pernah melalui pengalaman yang menyeramkan macam ni >> Sesiapa Sahaja Guna Tandas Awam Kat Malaysia Mesti Pernah Melalui Pengalaman Yang Menyeramkan Macam Ni << Memang kalau terserempak benda2 macam ni dalam tandas awam confirm 7 hari 7 malam terbayang. Silap2 kena ambil air penawar pulihkan semangat. hahahaha

Aku setiap kali kalau terpaksa guna tandas awam selalu berdoa jangan la terserempak dengan entiti2 yang tak di ingini dalam tandas awam tu. Memang aku tak boleh nak hadap. Hope fenomena seram macam ni kat tandas awam di Malaysia akan pupus.

5 comments:

  1. pada akak tandas paling seram pernah masuk kat border thailand.. bukit kayu hitam.. huhu.. kenapalah leh nak terkucil sgt masa tu

    ReplyDelete
  2. CH selalu pergi tandas awam yg berbayar atau RnR jer suria..
    Kuranglah meyeramkannya :P

    ReplyDelete
  3. ADOI LA ... MALU KAN .... HMMM

    ReplyDelete
  4. memang menyeramkan kalau masuk ke dalam tandas awam yang tidak dijaga dengan sepenuhnya....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!