NUR AMIRAH, 14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK

1.1.16 Suria Lekatlekit 14 Comments

NUR AMIRAH,14 TAHUN KANTOI MENIPU KENA CULIK . Memang sakit hati aku baca berita terkini kes budak perempuan 14 tahun yang kononnya kena culik dengan Van putih. Bila tahu ia cuma helah dia nak menggatal ikut jantan kemudian berlakon call kakak dia konon kena culik.. Kau tak tau dik.. Aku ni sampai dok fikir macam mana nak hantar anak pergi & balik tadika bermula minggu depan. Trauma beb! Trauma tau tak?? Aku ada anak perempuan dik.. Kau buat perangai macam ni buat 1 Malaysia panik bukan mak bapak kau jer dik. Kau memang layak makan maki setahun la dik..


Aku memang marah giler.. Sebab budak2 sekarang memang suka buat macam tu. Lari ikut jantan kemudian nak tutup rahsia buat macam kena culik. Apa kau ingat benda2 macam ni best sangat ke? Ni zaman media sosial dik.. Cerita & berita semudah 1 clik boleh tersebar seluruh dunia. Orang lain cuak nak mampus pasal kau.. Kau elok jer dok beromen serumah dengan jantan. Apa kau ingat rakyat malaysia ni semua pencacai kau, nak buat macam tu.


Budak2 macam ni elok kurung dalam pusat pemulihan je. Kurang ajar tahap bukan tak hormat mak bapak.. Tahap menyusahkan satu negara dah. Kalau ikut rasa hati rasa nak pijak2 sampai lunyai je. Sebab kes ni buat aku makin fobia.. Anak aku pun terkesan dengan benda2 macam ni bila mak bapak dia jadi semakin overprotect. Sapa tak sayang anak dik Ooi.. Mak kau entah2 berapa hari tak makan risaukan kau!


Tolonglah adik adik.. Kalau kau gatal sangat nak merenyam dengan jantan jangan sesekali dok buat cerita kena culik. Benda ni bukan melibatkan keluarga kau je malah melibatkan kes jenayah. Ingat dik.. berseronok dengan boyfriend yang tentu jadi laki kau tak menjamin apa2 dalam kebahagian dalam hidup cuma keseronokkan sementara je. jangan nanti kau asyik nak cari kebahagian kat luar kau kehilangan benda benda macam ni >> Jutawan pun tak mampu beli 8 Benda ni.. Jadi Hargailah Jika Anda Memilikinya << Yang bakal buat kau menyesal kemudian hari.

Moral of the story.. Tolong la budak budak.. Jangan buat kami mak mak yang ada anak ni jadi meroyan pasal perangai hangpa yang tak semegah tu. Akak dulu pun gatal jugak.. cintan cintun jugak tapi tak pernah sampai nak lari ikut jantan kemudian create story kena culik bagai.

14 comments:

  1. Ntahlah... baca post mak dia kata belum jumpa lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah keluar paper tu.. takkan la paper nak menipu pulak

      Delete
  2. ralat juga...kesian pada ibu ayah dia la....kesian sangat..kalau kita tak membahagiakan JANGAN menyakitkan mereka..

    ReplyDelete
  3. eh! geramnyeeee...akak sampai nak nangis kot dengo dialog dia dengan akak dia kat telipon tu...pandai ek dia belakon...kalau dia ni anak akak memang aku pijak2 kan je muka dia...kong asam punye budak kecik2 dah pandai nak menipu

    ReplyDelete
  4. Ibu pun berderau darah mummy baca cite bdk kena culik ni..
    Ckup fobia dgn van putih..
    Kadang Aqil pn naik rimas bila dibebel benda yg sama hari2..
    Over protected..
    Tp bila bdk2 dh besar diorg bleh berfikir secetek ini..
    SubahaAllah!!
    Kita doa je mummy mudah2an dijauhkan benda x elok pd anak2 kita..
    Ni ler generasi anak2 kita mummy..
    Mencabar!
    Slmt thn baru mummy & lala..

    ReplyDelete
  5. Bahayanya macam ni... salam tahun baru 2016 sis Suria...

    ReplyDelete
  6. hape la nak jadi dengan budak zaman sekarang.

    sian sikit mak bapak awak tuh..

    ReplyDelete
  7. Simpan je kat pusat pemulihan akhlak sampai mati.Kecik kecik tak mau mampus,dah besar menyusahkan orang.

    ReplyDelete
  8. pade saye,baikla anta pusat pemulihan smpai dye pulih.xperlu smpai nk mati2.die manusia juga ada hak untuk hiduo.sedosa2 dia,kita prlu bimbing dia.tp,apekan daye,saye pn cume bole brdoa je.kita yg bole bantu,bantu la.yg x bole,doakanlah.

    ReplyDelete
  9. masa dgr dialog kena culik..dah terdetik rs ni tipu..tp dlm hati je la..rupanya mmg betul..hmm..dunia2..

    ReplyDelete
  10. setujuuuuuuuuuuuu

    "berseronok dengan boyfriend yang tentu jadi laki kau tak menjamin apa2 dalam kebahagian dalam hidup cuma keseronokkan sementara je"

    ReplyDelete
  11. sampai hati dia menipu ibubapa kesian ibubapa dia 😢😢

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!