PADAH ARTIS MELAYU SIMPAN VIDEO BERSPENDER DALAM TELEFON

21.1.16 Suria Lekatlekit 3 Comments

PADAH ARTIS MELAYU SIMPAN VIDEO BERSPENDER DALAM TELEFON. Jangan ingat smartphone barang peribadi kita adalah tempat paling selamat nak simpan gambar2 yang mengaibkan. Kalau kita je tengok memang la tak ada apa yang mengaibkan tapi kalau terlepas ke tangan orang yang tak bertanggungjawab memang jadi satu malapetaka la. Sebab benda ni jadi kat seorang artis hensem.. Arja Lee.

Arja lee bersama salinan laporan polis yang di buat

Katanya dia tertinggal handphone kat tandas di sebuah pusat membeli belah.. Kalau dah tertinggal tu memang majoriti tinggal kenangan la kau dengan enpon tu. Peluang tipis sangat la nak jumpa balik. Seminit pun kita terleka.. boleh ghaib enpon. Inikan kau dah keluar dari tempat tu kemudian teringat enpon tertinggal kemudian patah balik.. Memang kalau ada lagi kat situ, satu keajaiban. Tapi malangnya tiada keajaiban untuk artis tersebut.

Bila dah jatuh ke tangan orang yang suka mendajalkan orang ni.. Nak2 lagi dalam tu katanya ada satu video berdurasi 12 saat yang merakam aksi arja lee menimang bola dengan hanya memakai spender & T-shirt. Hot & spicy kau..  main bola pakai spender. Sipolan ni dah dapat enpon si retis ni.. Segala account laman sosial dalam tu pun maybe tak logout atau save passwords.. Maka tumbuh tanduk la penyamun tu. Dah la curi enpon orang kemudian pi upload pulak video tu dalam instagram si arja lee ni.

Tak pepasal jadi isu besar & arja lee dah pun buat laporan polis. Ni memang betul2 kes penganiayaan. Dah la enpon kena kebas.. diri dia pulak kena aib. Walaupun smartphone sekarang dah boleh ambil gambar secantik kualiti DSLR macam ni >> Rahsia Macam Mana Nak Ambil Gambar Secantik Kualiti DSLR Menggunakan Smartphone << Tapi mohon ambil la gambar yang berisiko supaya orang lain tak boleh guna untuk menjatuhkan kita.

Moral of the story.. Smartphone bukan tempat paling selamat nak simpan apa2 gambar, video atau maklumat peribadi yang mungkin orang lain boleh gunakan untuk memalukan kita. Jadi tak payah nak ambil gambar bukan2 sangat la. Bukan lawa sangat pun ambil gambar atau video pakai spender tu. Spender tu pun dah di cipta untuk tersorok di dalam pakaian lain.. jadi sorokan la dia seperti mana fungsi dia yang sebenar. hehehe

3 comments:

  1. memang memalukan bila benda gini tersebar
    nak buat camne, kena bertabah ajelah
    tapi ada betul juga kata suria
    bahaya simpan gambar atau tak logout akaun media sosial di phone
    kalau hilang, aduss...pengakhiran yang mengerikan

    ReplyDelete
  2. seeloknya elakkanlah simpan gambar gambar sebegitu dalam smartphone kita...sebarang kemungkinan boleh berlaku...di luar jangkakan...

    ReplyDelete
  3. Memang kes aniaya la macam tu, henpon bukan tempat selamat nak simpan benda privacy kan

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!