REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN

31.1.16 Suria Lekatlekit 5 Comments

REUNION MUNGKIN JADI PUNCA MASALAH PADA ORANG LAIN. Semalam aku ada up status kat FB pasal reunion ni.. Pada pandangan aku yang bukan pakar motivasi jauh sekali ahli ilmuan bijaksana, Dah berkahwin ni aktiviti reunion ni tak join pun tak apa sangat la. Bukan apa bila dah berlaki bini & beranak pinak ni banyak perkara kena jaga demi ke harmonian rumahtangga.
Sumber Google
Reunion melibatkan kawan2 lama.. Mungkin juga kat situ ada bekas boyfriend & girlfriend lama. Nak2 lagi reunion dengan bekas2 kawan sekolah ni. Almaklum la.. budaya cinta monyet ni bukan zaman sekarang je baru wujud malah dari zaman mak bapak kita sekolah pun dah ada cuma tak berleluasa sangat la. Paling ketara masuk zaman 90an.. Time tu mak bapak pun ramai dah sporting. alah.. takat cinta monyet kat sekolah tak ada hal la katanya. Biarlah katanya.

Cinta monyet ni tak semua berakhir atas pelamin sambil di renjis renjis di pilis.. Ada yang belum SPM dah clash katanya. Ada yang habis sekolah masing2 lost contact. Bila berjumpa kat reunion.. Topik paling popular adalah 'Flashback' la. Habis semua memori daun pisang di ungkit cerita. Yang mana aa memori berkasih tu.. confirm la terimbau kenangan semusim lalu.. Tetiba perasaan konon berbunga cinta kembali maka tak mustahil cinta yang ada sekarang mula layu di pusara.

Sebab benda macam ni berlaku.. Bukan sikit dah semakin banyak. Terbaru Isteri kedua kepada Salih Yaakob yang di katakan punca bercerai selepas join reunion dengan kawan2 sekolah. Ada yang kata.. Aku selalu je join reunion.. Ok je. Takde rasa nak curang pun even jumpa bekas awek masa sekolah. Yer betul.. Tak semua orang bila pergi reunion je terus berubah hati. Kalau asal pergi je terus bercerai berai rasanya Reunion pun di haramkan dah kat Malaysia ni sebab memudaratkan semua yang join. Benda semakin menjadi virus ni memang bukan semua orang kena tapi jumlahnya semakin meningkat.

Satu benda kena fikir.. Ia mungkin tak bawa masalah pada kita atau rumahtangga kita tapi tak mustahil ia memudaratkan orang lain. Level kesetiaan & keimanan manusia tu bukan sama. Mungkin dengan sebab penganjuran majlis perjumpaan macam tu membuka pintu2 kecurangan pada orang lain. Tak rasa bersalah ke? Lepas reunion tetiba dengar ada antara kawan2 kita sampai bercerai berai.. Kalau tak curang pun hati manusia ni kadang2 perasaan cemburu pun boleh menjadi pemusnah jugak. Dapat pasangan yang kuat cemburu elakkan la dari join reunion ni.. Sebabnya bila jumpa kawan2 lama faham faham je. Kita punya bercerita memang kadang2 lupa anak/laki/bini dah. Kot2 terlebih mesra tak sengaja orang sebelah mula ketap bibir. Balik rumah jadi perang dunia pulak.

Reunion bukan tak boleh di adakan.. Boleh je. Cuma jangan terlebih aktiviti santai sangat. Bila terlampau santai maka banyak la sembang benda tak berfaedah. Yang tu la mula nak jadi merapu. Apa kata majlis2 reunion kalau melibatkan kawan2 yang beragama Islam ni kita buat dalam bentuk islamik. Buat majlis ilmu ke, bacaan yassin ke hapa.. Jadi kurang la sikit nak merapu. So, syaitan nak mencelah pun ruang tak banyak. Tu cuma cadangan aku jer.. Aku bukan alim sangat. jangan sebab cadangan aku terus ada yang level aku ustazah segera pulak.

Aku ni serius memang tak berapa minat sangat reunion bagai. Kadang2 nak join group whatsapp dengan kawan2 sekolah pun aku malas.Ada la satu group aku join tapi tak rajin sangat la aku nak borak. Tapi bukan la aku nak putuskan silaturrahim dengan kawan2.. cuma aku tak berapa minat sangat dah nak hyper dalam berkawan ni. Zaman remaja & bujang aku dah banyak spent time dengan kawan2 so zaman berumahtangga ni masa untuk family. Salah satu cara mengelak fitnah. Dengan pasangan kita pun sebenarnya banyak perkara best kita boleh buat macam ni >> 9 Perkara Yang Anda & Pasangan Kena Buat Sekurang kurangnya sekali seumur hidup << Dah berumahtangga ni bukan masa untuk enjoy dengan kawan kawan sangat dah. Sebab Bila berkumpul ramai ramai ni ada yang terbabas. Tepuk tampar & bergurau kadang2 over jugak. Masing2 nak tunjuk sporting & open minded katanya.

Moral of the story.. Aku tak kata reunion tu salah cuma sekarang ni kerana reunion banyak rumahtangga yang musnah. Jadi kalau rasa hati korang jenis tak berapa kuat untuk hadap orang2 yang tak sepatutnya, elakkan dari sertai majlis2 perjumpaan macam tu. Cegah itu lebih baik dari merawati.

5 comments:

  1. betul sangat tu.. sbenarnya dah dua tiga hari akk nmpk link psl SY tu lalu lalang kat fb wall tapi tak klik.. rupanya dgn yg no 2 ya. Kesiannya kalu punca adalah reunion. Ada sorg dua org yg akk kenal bercerai berpunca dari group whatsapp sek. Sama mcm Suria, akk pun tak brp layan group whatsapp sek ni.. lagilah yg bercampur lelaki ngan pompuan. Siap ada yang jejak kasih dalam tu.. dah kita nasihat disindir2nya plak kita.. lantakkkkk!

    ReplyDelete
  2. Akk setuju sgt.hubs akk adalah golongan yg xsuka sgt akk terlalu bebas2 dgn kawan2 terutama bila ada lelaki la..sb mgkn kita xd apa..mgkn org yg akan cuba nk approach kita..org skang bkn kisah bini org ke sapa..dia kaco aje...alhamdulillah..mcm akk masa sek men xcmpur..sek semua perempuan..so biasala jgk bt small reunion..sbb perempuan je semua..syiok

    ReplyDelete
  3. den sekolah menengah sekolah all-boys.... so reunion takde ape2 sgt pun.. bercerita ttg ngorat awek sekolah lain ada ler...

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak minat bersosial selepas berkahwin...

    ReplyDelete
  5. Yer... nasib baik tak terjebak dgn reunion setakat ni. Maybe sbb duk jauh kot. Apapun lega alhamdulillah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!