REUNION SEKOLAH PUNCA SALIH YAAKOB BERCERAI DENGAN ISTERI KEDUA

29.1.16 Suria Lekatlekit 13 Comments

REUNION SEKOLAH PUNCA SALIH YAAKOB BERCERAI DENGAN ISTERI KEDUA. Sebelum ni ramai yang kagum dengan Otai kita sorang ni, Salih Yaakob yang mampu kahwin & handle 4 bini. Dia tak main la lari kawen kat siam.. Dia kahwin dengan izin semua isteri isteri dia. Dari segi kemampuan untuk menyara empat isteri nampak macam dia memang tak ada masalah. Boleh bawa semua pergi bercuti ke luar negara lagi. Tapi tup tup dengar cerita bercerai dengan isteri kedua ni apa kes pulak.


Katanya masalah rumahtangga dia & isteri keduanya bermula selepas isteri kedua salih yaakob menghadiri majlis perjumpaan dengan bekas rakan sekolah. Lepas tu dia mula cari alasan untuk di ceraikan. Antara alasan yang di beri katanya abang salih kita ni tak berlaku adil terhadap dia. Abang salih kita ni dah cuba pujuk tapi nak buat macam mana kalau hati dah tak ada rasa.. tak payah  buat apa la. Nak2 hati tu dah ada nama orang lain kan.

Sumber Harian Metro

Jadi bercerai la mereka secara baik. Katanya lepas edah nanti bekas isteri kedua dia akan berkahwin semula dengan lelaki pilihan dia. Bila dah jodoh sampai takat tu jer.. Kahwin berpuluh tahun & anak dah besar panjang pun tetap jugak bercerai berai.

Kadang2 manusia ni walau orang dah jaga dia dengan baik.. Sentiasa spent time bawa pergi bercuti kat tempat2 macam ni >> 11 Tempat Yang Boleh Anda Boleh Bawa Orang Tersayang Bercuti Dengan Kos rendah<< Tapi kalau hati dia dah berubah memang apapun kita buat dah tak berharga. Jadi kalau dia berkeras juga nak di lepaskan.. maka lepaskan la jalan yang terbaik untuk kedua belah pihak.

Tak salah nak bersosial dengan kawan kawan.. Nak ber reunion bagai.. Tapi sentiasa sedar & jaga status kita. Kalau laki atau bini orang buat la macam laki bini orang. Tak payah nak feeling remaja macam zaman sekolah sangat la kan. Sebab tu aku tak berapa minat nak join apa2 kalau suami tak dapat join sekali. Kita ni cuma manusia.. hati tak mustahil boleh berubah. Perbuatan mungkin jadi over bila tak ada suami kat sisi. Bergurau tepuk tampar bagai bila berkumpul..dari situ mungkin permulaan sebuah kecurangan. Jadi jagalah pergaulan.

Apapun.. semoga masing2 dapat menerima suratan takdir dengan redha & menemui kebahagian yang di cari. Sapa salah.. salah siapa.. Biarlah jadi pengajaran untuk kita & semua. Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan.

13 comments:

  1. salam kenal..first time singgah sini..

    tak sangka boleh cerai plak kan..huhu..

    ReplyDelete
  2. semoga terbaik utk saleh yaakob dan keluarga

    ReplyDelete
  3. dh nak masuk 50 da umur tu ada hati lagi nak kawen lain..dlm duk title isteri org pon gatal plak p layan lelaki lain..dh lelaki tu plak, dh tahu tu isteri org p masuk jarum jugak apehal?? dunia2..

    ReplyDelete
  4. Aduhai melekit sungguh kes penceraian Saleh Yaakob ni ye..
    Dah takat itu jodohnya ye Suria.. :)

    ReplyDelete
  5. kalau jodoh dah takat tu je...berpisah gak akhirnye...takpe la saleh pegi satu ada tiga lagi yg tinggal...

    ReplyDelete
  6. mcm2 hal..tp tak yahlah buruk kan bekas isteri kan..huhu

    ReplyDelete
  7. Jgn cepat salahkan sebelah pihak.Kene dengar penjelasan dari pihak bekas isteri juga. Biasanya jrang isteri nak buat hal tanpa sebab.

    ReplyDelete
  8. Bersabar dan redha bukan mudah bagai dikata. Allah...Allah....Allah....ini lah ujian namanya...ujian untuk hamba2Nya....sejauh mana keimanan kita pada Nya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!