SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU

14.1.16 Suria Lekatlekit 4 Comments

SESUATU TENTANG HONGKONG PERLU ANDA TAHU. Hongkong ni yang aku paling banyak tahu pasal pelakon dia jer. Tu pun sebab dulu masa zaman2 bawah tanggungan mak bapak kakak no 2 aku ni gila tengok filem atau drama hongkong. Habis semua pelakon2 hongkong dia hafal sampai sekali dengan aku pun jadi terhafal. Sebab kalau tengok tv dengan dia memang TV tu dia punya la. Aku pulak jenis.. malas nak berebut TV nan satu tu.. Tengok je la. Tapi dengan arwah ayah dia selalu jugak bergaduh. Si Ayah nak tengok drama melayu si anak nak tengok drama hongkong. Tapi gaduh2 manja je la. Anak beranak la katakan.


Sebab kakak Nombor 2 ni la aku kenal pelakon komedi paling popular kat Hongkong Chow sin chi @ stephen Chow. Alah yang berlakon dalam filem CJ7 tu.. Dia jenis kalau buat lawak pun muka slamber badak je tapi kita yang tengok terkencing kencing gelak. Memang dulu banyak jugak la akak aku kumpul koleksi vcd filem dia. Kalau filem seram hongkong dulu2 pulak hantu lompat la apa lagi. Zaman budak2 tengok filem hantu lompat ni bila part tahan nafas tak bagi hantu dapat kesan, sekali dengan aku pun tahan nafas bagai nak rak. Punya feel tengok filem hantu cina tu. Dia punya takut.. terbayang2 sampai ke tidur katanya. Tu yang enjoy tengok filem seram masa budak2 sebab boleh feel seram berbanding sekarang.. ntah mana hilang deria rasa seram aku pun tak tau.

Sebab Hongkong china dah ambil balik maka banyak pelakon2 hongkong berhijrah ke luar negara tapi Tak jadi satu kerugian pun pada hongkong. Tu pasal filem & pelakon hongkong tapi ada perkara yang lebih penting yang ramai orang yang tak tahu termasuk aku tentang hongkong ni. Ada satu persamaan hongkong & langkawi.. Nak tau apa persamaan hongkon dengan langkawi try baca kat sini. Korang akan jumpa persamaan tu >> 7 Perkara Tentang Hongkong Yang Mesti Anda Tahu << Betul tak ada persamaan dengan langkawi. hehehe

Tak salah kita ambil tahu tentang negara orang ni walau kita tak ada niat pun nak pergi. Manalah tau tetiba tersesat kat sana at least kita dah ada info sedikit sebanyak tentang sesuatu tempat tu takde la macam rusa masuk kampung sangat kan.

4 comments:

  1. Seronok tengok cerita tuh... sy memang minat filem HongKong juga... Pergi HONGKONG, insha Allah, satu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Akak pun hafal nama-nama pelakon/penyanyi HK ni dulu. Sampai dram TVB tu kira semua pun akak tengoklah. Minat betullah, lagi-lagi drama bersiri. Part hantu terlompat-lompat tu, akak pun suka. Masa tu semua pun macam bestkan. Cerita kelakar, kelakar. Cerita seram pun seram. Sekarang ni aje cerita seram jadi kelakar, cerita kelakar jadi sedih sampai kita pun nak nangis sebab tak jumpa mana part yang kelakar tu!

    ReplyDelete
  3. teringin nk pi disneyland hongkong tp entah la bila dpt pi hehehe

    ReplyDelete
  4. anak kalau gi, dim sum halal tu pasti aida serbu.
    memang minat makan dim sum :)
    then nak naik ferry dia yg antik tu, suria. pasti syok!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!