KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH

26.9.16 Suria Lekatlekit 8 Comments

KANAK KANAK LEBAM TERUK PADA KEMALUAN SELEPAS DIAMBIL DARI PENGASUH. Ternampak orang share satu gambar seorang bayi @ kanak kanak yang lebam teruk pada kemaluan selepas ibunya mengambil anak ni dari pengasuh. Sebelum tu pengasuh pesan siap siap tak payah mandikan sebab dia dah mandikan & di letak banyak bedak di bahagian kemaluan kanak kanak tu.


Bila tengok gambar serius bagai di rentap hati seorang ibu. Ya Allah apa yang berlaku sebenarnya kepada budak tu sampai dapat kesan lebam teruk di bahagian kemaluan dia. Dan pengasuh pun macam merahsiakan sesuatu. Kesan terhentak pada objek keras atau kesan dari perlakuan pengasuh ke tak pasti. Tapi tengok tahap lebam macam tu kalau aku jadi mak budak tu pun aku rasa minit tu jugak aku akan bawa pergi check kat hospital lepas tu kalau ada unsur penderaan memang terus buat laporan polis jer. Pengasuh pun macam cuba merahsiakan sesuatu so bermakna ada something wrong somewhere la tu.

Zaman sekarang memang sangat berisiko hantar anak pada pengasuh tapi tak boleh nak cakap apa.. Kadang2 orang tak ada pilihan. Hantar taska berdaftar dengan KKM pun tak ada jaminan selamat apatah lagi hantar pada pengasuh persendirian macam tu.Cuma tu la.. Yang ambil tanggungjawab jaga anak orang tu kalau rasa tak boleh bersabar dengan budak budak ni better kau pergi cari keja lain la dari gigih jugak nak ambil upah jaga anak orang. Memang la kau boleh kerja dari rumah sambil jaga anak2 kau jugak.. Tapi kalau rasa tak mampu nak tanggung beban kerja macam tu sampai kau buat anak orang macam budak tu anak patung tak reti rasa sakit & trauma.. Lagi bagus kau pergi minta sedekah. Duduk je kat kaki lima tadah mangkuk. Cukup target balik naik teksi.


Aku memang marah sangat la tengok kes kes macam ni even anak orang pun.. Terus terang aku sendiri pun memang tak sanggup nak jaga budak2. Jaga anak sendiri pun menguji kesabaran apatah lagi jaga anak orang. Tapi kita ni nak cubit ke tampar anak kita ada jugak limit. Takde sampai lebam macam tu & tak buat la kat tempat2 yang tak sepatutnya. Dalam islam pun nak pukul anak untuk tujuan mendidik ada tempat2 tertentu yang boleh di pukul.. Takde ikut sedap kau nak bantai kat mana pun. Jaga budak biasa ni kalau lasak & nakal pun takde la luarbiasa sangat. Lain la kena jaga budak2 pelik macam dalam filem terbaru ni >> Tiada Yang Normal Semuanya Pelik dalam Miss Peregrine's Home for Peculiar Children << Yang tu bukan kau naik angin kau yang akan naik seram dengan depa. Baru kau ada akai katanya!!

Moral of the story.. Apapun kerja kita buat semua berkaitan dengan kepercayaan, amanah & tanggungjawab.. Kalau kita meragut kepercayaan, amanah & mengabaikan tanggungjawab yang orang letakkan kepada kita.. Memang kat dunia pun Allah akan tunjuk balasan. Nak2 lagi kes macam ni berlaku kat anak orang di zaman media sosial. Mungkin kau kena hadap di cerca nitezen & hukuman dari undang2 negara. Pendek kata nak bekerja yang melibatkan kanak kanak ni orang yang sabar je boleh

8 comments:

  1. Alahaiii... Kesiannya nengok. Kita yg hantar anak gi nursery ni tawakal jer. Doa bebanyak supaya x jadi apa2 kat anak

    ReplyDelete
  2. anak sulong akak pernah juga lebam kat muka ms kecil dulu bila blk umh pengasuh.... bila akak tanya pengasuh kata tak tahu... tp akak blh agak may be anak akak terhantuk atau jatuh sbb akak tahu anak akak mmg aktif... itu first n last kena kt anak akak lebam.... tp harus jaga2 anak2 kita dan juga pengasuh juga....

    ReplyDelete
  3. ya Allah.. apa yg pengasuh tu buat.. manusia skrg makin tak normal dah..

    ReplyDelete
  4. follow juga citer ni. last2 apa jadi sebenarnya ek? sbb ramai yang suruh report, ramai kata abuse.

    ReplyDelete
  5. Berlaku pada anak saya tapi lebam di pipi dan bengkak bibir.. Kejadian berlaku bila pengasuh baru yang jaga.. (Budak muda) Pengasuh lama berhenti.. Kemudian bila saya tanya tak bagi tahu dan lari2 siap tipu2 lagi.. esoknya terus saya hantar tempat lain.. Alhamdulillah pengasuh yang sekarang nie bekas pengasuh dekat taska tu (Berhenti sebab masalah pengurusan) memang kesayangan anak saya..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah! Kasihannya budak ni. Kenapa jadi macam tu ya? Memang kena dera ke, teruk lebamnya tu...

    Kalau akak pun memang dah bawa jumpa doktor, buat laporan polis and bersemuka dengan pengasuh tu tanya mengapa. Kalau tak sanggup nak jaga, beritahu ajelah. Tak payah nak dera anak orang. Anak dia sendiri nak dera, deralah, tengok sanggup ke tidak. Tapi kalau dia sanggup dera anak sendiri, memang something wrong somewherelah. Memang patut pun registerkan ke rumah sakit otak!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!