TAKZIAH.. SENIWATI MARIANI PULANG KERAHMATULLAH

12/01/2015 08:39:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

TAKZIAH.. SENIWATI MARIANI PULANG KERAHMATULLAH. Innalillahhiwainalillahhirojiun... Terkejut membaca berita tentang pemergian seorang seniwati yang bergiat dalam dunia seni sejak dari zaman filem hitam putih lagi aitu Mariani.


Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa Allahyarhamah Seniwati Mariani & tempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga mereka tabah menghadapi pemergian orang yang tersayang.


Antara lakonan hebat seniwati mariani adalah salah satunya dalam filem Ahmad Albab. Beliau memegang watak salah seorang dari kakak kepada mastura. Sedikit pengenalan tentang arwah..

Seniwati Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Nama sebenar beliau ialah Siti Mariam Binti Ismail. Beliau dilahirkan pada 20 April 1933 di Tanjung Pagar,Singapura. Beliau adalah antara seniwati paling bergaya sewaktu kegemilangan Studio Jalan Ampas.Kerjaya seni beliau bermula selepas memenangi pertandingan ratu cantik singapura pada 1951 ketika berusia 17 tahun.Beliau merupakan gadis pertama yang memegang gelaran tersebut . Namun begitu, beliau tidak mewakili singapura ketika itu kerana pertandingan tersebut julung kali diadakan di republik tersebut. Beliau merupakan antara gadis tercantik singapura ketika itu.Gelaran itu telah menjadi batu loncatan untuk beliau terlibat dalam bidang lakonan. Filem pertama lakonan beliau ialah filem Chemburuarahan S. Ramanathan pada tahun 1952. Beliau dibenci kerana membawakan watak jahat dalam filem tersebut. Selepas berjaya membawakan watak jahat dengan berkesan, beliau ditawarkan lagi berlakon dalam filem-filem keluaran syarikat itu antaranya seperti filem Istana Impian, Kembali Seorang, Labu Labi, Nasib Labu-Labi dan Tiga Abdul. Filem-filem lakonan beliau sewaktu di Studio Merdeka, Kuala Lumpur adalah seperti filem Masam-masam Manis dan Putus sudah Kasih Sayang.

Selain berlakon, beliau juga berbakat dalam nyanyian. Lagu nyanyian beliau bertajuk Darah Muda. Filem Darah Muda juga adalah antara filem lakonan beliau. Turut sama berlakon dalam filem tersebut ialah seniman Jins Shamsuddin dan seniwatiSarimah pada tahun 1963.

Dalam usia yang semakin lanjut, beliau tetap aktif berlakon dan kemunculan terbaru beliau adalah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam II arahan Shuhaimi Baba pada tahun 2005. Juga drama 16 episod, Nur Qalesya.[1]. -sumber wikipedia -

Kini semuanya hanya tinggal kenangan. Marilah sama sama kita sedekahkan Al fatihah untuk arwah. 

4 comments:

  1. Alfatihah......
    Yg hidup pastinya akan mati....giliran kita entah bilalah kan Suria...
    Ohhh arwah ni ratu cantik rupanya....mmg lawa pun dia ek..

    ReplyDelete
  2. Dari dia kite datang dan kepada dia la jua kite kembali....salam tahziah pada keluarga arwah

    ReplyDelete
  3. takziah untuk keluarganya..

    Al Fatihah..

    ReplyDelete
  4. Alfatihah! Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    Bekas ratu cantik rupanya Mariani ni sebab itulah walaupun dah menginjak usia, masih lagi bergaya. Bukan senang nak jadi gadis paling cantik di Singapura suatu masa dulu yerk. Sure popular habis arwah ni masa mudanya.

    Tapi itulah, semua itu bukan kekal lama. Akhirnya semua akan hilang ditelan zaman...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com