YANG SUKA MAKAN TELUR MASIN JANGAN TERKEJUT TENGOK NI

12/14/2015 12:28:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

YANG SUKA MAKAN TELUR MASIN JANGAN TERKEJUT TENGOK NI. Aku tak tau kenapa telur masin bagi aku mesti bulan puasa. Sebab mungkin masa kecik kecik tiap kali menjelang puasa je mesti ada stok telur masin kat rumah untuk bersahur. Almaklum la benda masin2 ni konon buka selera sikit masa sahur, kan? yelah.. sahur tu time tidur. Budak2 ni kalau dah mengantuk.. selera nak makan pun tak ada dah. Tapi bila dah masuk zon mak budak.. tak kira masa pulak selera dia. hahahaha


Telur masin ni orang guna telur itik yer anak anak.. Memang tak pernah dengar orang buat telur masin dengan telur ayam jauh sekali telur burung unta & gila la kalau guna telur cicak buat telur masin. Telur masin kalau kat pantai timur tak silap di panggil telur jeruk. Yelah.. mungkin cara buat dia kena rendam dalam air garam dalam tempoh tertentu. Sampai sekarang aku sebenarnya tak tahu apa fungsi orang salut telur masin dengan tanah & arang tu. Kadang2 aku rasa macam menyusahkan bila nak masak. Nak kena cuci dulu tanah bersalut arang.

Normally telur masin ni kita rebus & makan dengan nasi. Tapi sekadar masakan berasaskan telur masin dah berubah.. ada yang guna telur masin sebagai  perasa untuk masakan lain makan ketam goreng telur asin bagai. Tapi seumur hidup aku memang aku tak pernah makan lagi la telur masin goreng. Ada sapa kat sini pernah cuba telur masin goreng.

Tapi yang ni aku confirm pengemar telur masin akan berubah persepsi terhadap telur masin. Korang mesti tak sangka apa yang korang lihat kat sini >> 11 Perkara Yang Korang Tak Sangka Orang Guna Telur Masin Untuk buat benda ni <<

Amacam? Menganggu selera anda tak? Yelah.. bila semuanya di pelbagaikan.. kadang2 kita takkan sangka boleh jadi macam macam di luar pemikiran kita selama ni. Kreatif atau merapu bergantung pada citarasa masing masing la kan...

2 comments:

  1. Akak suka telur masin tapi bukan masa bulan puasalah ^_^ Bestlah makan telur masin dengan nasi putih panas-panas. Walaupun macam tak cukup lauk aje kekdahnya, memang sedaplah boleh tambah 2,3 pinggan!

    ReplyDelete
  2. telur masin selalu sy makan bila masa sahur...berselera makan nasi dengan telur masin..nak plak nasi panas2..mmg terangkat la...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com