TOYOTA VIOS PALING MENYERAMKAN PENGGUNA JALAN RAYA DI PUTRAJAYA

12/07/2015 08:15:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

TOYOTA VIOS PALING MENYERAMKAN PENGGUNA JALAN RAYA DI PUTRAJAYA. Amboi dah lama tak cerita ceriti kisah seram tetiba malam ni tajuk entri pasal kereta Toyota Vios seram pulak. Harus la.. bila lama tak menyeram kena jugak berseram seraman walau yang seram tu cuma tajuk entri je. Almaklum la Kalau takde perkataan seram dah macam hilang seri seram blog lekatlekit.com ni.


Bukan apa tadi tertengok satu video katanya berlaku di putrajaya. Ni kalau orang2 putrajaya terutama perempuan tengok mesti takut nak drive. Buatnya terserempak dengan spesis Vios macam ni mau darah turun sampai ke kaki. Bukan takat meremang bulu roma..bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu Negaraku.

Awatlah Vios tu macam tu.. Pi la menghantui tempat lain kenapa pulak jalan raya. Boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain jugak dengan kehadiran vios2 macam tu. Sapa2 pun bukan takat rasa seram kalau terserempak dengan Vios macam tu malah confirm rasa ngeri mungkin juga trauma nak drive. Tapi kalau peminat kereta Toyota Vios terutama lelaki confirm depa teruja punya. Almaklum la lelaki la kan...

Apapun.. Please pengguna Toyota Vios jangan buat macam ni >> Aksi Toyota Vios  Yang Pasti Buat Sesiapa Sahaja Meremang Bulu Roma kalau Terserempak di jalan raya << Serius tak cool beb kalau benda ni berlaku atas jalan raya. Tapi macam tak sangka pulak kereta vios boleh buat macam tu.. kan? Mesti lepas ni sale untuk Toyota Vios mencanak naik.

Moral of the story.. Sehebat manapun kereta anda sebelum drive sila baca doa & mengucap 2 kalimah syahadah. Kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang perjalanan. Kalau tak jumpa hantu pun boleh terjumpa dengan pemandu perangai macam hantu.

3 comments:

  1. hahaha jgn jd cam myvi kuning sudah....
    pelik pulak haku bila depa belakon drift tu tak perasan pun

    ReplyDelete
  2. Perkataan seram dengan blog ni memang asyik dimanipulasi aje yerk! Bila ni nak cerita yang betul-betul seram? Akak ni baru nak up mood seram tetiba aje jatuh merundum bacaannya tau. Ahah, akak tak minat Vioslah, Suria! Honda maintain di hati ^_^

    ReplyDelete
  3. apa yg seram tu..??? apapun vios tetap dihati.terbaik!!! penah pakai honda bandar tp meragam bagai terus x minat honda.. better toyota dr honda.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com