JUTAWAN PUN TAK MAMPU BELI 8 PERKARA NI

12/23/2015 04:01:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JUTAWAN PUN TAK MAMPU BELI 8 PERKARA NI. Walaupun zaman sekarang dah tak ada yang percuma tapi bukan semua benda mampu orang beli walau dia orang paling kaya dalam dunia. Ada benda terlalu mahal sampai di luar kemampuan seorang manusia nak beli dengan harta yang ada... Satgi ada pulak orang dok cebik tepi tepi.. eleh orang tak ada duit memang la cakap macam tu. Yelah.. yelah.. aku mengaku aku bukan orang berduit banyak tapi menipu pulak kalau tak cakap tak berduit langsung tapi aku mampu jugak miliki sesuatu yang mungkin hangpa2 yang lagi kaya tak ada... hahahaha

Sekadar Hiasan. Carian Google

Apa benda orang tak berduit mampu ada tu?? Jangan hina sangat orang semekin kadang2 orang semekin la paling mewah dengan benda2 ni. Dah semekin mewah pulak.. Tu dia.. pening dah. Yelah.. kalau semekin tu sinonim dengan tak ada apa apa la berbanding orang kaya memang sinonim dengan kemewahan. Mewah ni.. bergantung apa yang kita rasa sebenarnya bukan apa yang kita ada sangat. kadang2 orang kaya yang tak pernah rasa cukup & bersyukur sampai bila2 pun dia sentiasa rasa kekurangan jadi memang sampai bila2 pun dia masih tak dapat rasa yang dia dah cukup mewah. Orang miskin walau sekadar duduk rumah pondok, naik motorsikal & makan pun ala kadar tapi dia rasa dah mencukupi untuk hidup dia.. Mungkin dia rasa apa Allah kurniakan untuk dia lebih dari cukup. Bila dah lebih dari cukup dari situ wujudnya rasa mewah. Betul tak??

Pun macam tu ada perkara jugak yang tak mampu di beli tak kira la kau jutawan atau papa kedana. Buat la macam mana pun.. Takkan mampu punya bayar harga 8 perkara ni. Mahalnya dia.. Tuhan saja yang tahu. Memang seumur hidup kumpul duit pun belum terjamin mampu beli. Nak tau apa perkara yang tak ada sesiapa pun mampu beli tapi boleh dapat kalau kena pada caranya, meh tengok kat sini >> 8 Perkara Yang Jutawan Pun Tak Mampu Beli <<

Jadi.. Insaflah wahai umat manusia. Allah tu maha kaya. tak semua benda yang dia bagi boleh di bayar dengan duit. Kadang2 perlu cara lain untuk dapatkannya. Jadi kebahagiaan hidup bukan hanya duit semata mata walau duit sekarang dah jadi macam segala galanya.

1 comment:

  1. Wang bukan segala-galanya untuk beli sesuatu yang melibatkan kebahagiaan.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com