AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM

10/17/2017 09:34:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

AWAS PENGELUAR/PENGEDAR PRODUK KOSMETIK! ADALAH SALAH MENGIKLAN PRODUK ANDA MEMPUNYAI KELULUSAN KKM WALAU ADA NOT KKM. Tu dia. Panjang tajuk entri. Biar jelas & nyata sikit katanya. Sebab dulu kami pun tak tau sebenarnya benda ni salah. almaklum la.. Sebelum ni agak jahiliah. Sejak dua menjak ni saya cuba keluar dari zon jahiliah & rajin la mencari info berkaitan produk ni. Yelah.. sebagai pengguna kita memang kena ambil tahu jugak supaya tak tertipu dengan pengeluar produk yang nak kaya raya tanpa memikirkan kesan kesihatan pada pengguna.


Perkara ni memang biasa kita nampak berlaku dalam iklan2 produk kosmetik/skincare. Pengedar & pengeluar produk kosmetik memang suka jual nama KKM untuk menyakinkan pengguna bahawa produk mereka di jamin selamat padahal Kosmetik cuma ada dapat NOT KKM di mana produk tidak di analisa pun oleh KKM sebelum di beri NOTIFIKASI. Cuma pengeluar produk perlu declare je bahan bahan melalui dokumentasi. Lepas tu depa membohong la pengguna konon produk depa ada kelulusan KKM. Kelulusan hek dia! Kecuali ada bukti R&D.. Maybe boleh di percayai selamat. Tu pun bukan kelulusan dari KKM ok!

Kenapa NOTIFIKASI (NOT KKM) tidak boleh di gunakan sebagai kelulusan. Sebabnya dia bukan bukti kelulusan apa - apa. Cuma NOT KKM sebagai bukti sesuatu produk kosmetik/skincare tu berdaftar dengan KKM & di bawah pemantauan KKM sahaja. Bukan bukti selamat ke tak selamat. Kalau NOT KKM tu bukti dah di analisa & selamat takde la bersepah produk yang kena tarik balik NOT bila KKM mendapat aduan dari pengguna & membuat analisa terhadap produk tersebut. Jadi jangan tertipu dengan pengeluar produk yang suka manipulasi fakta macam tu. Benda sekecil tu pun menipu.. Tak hairan la depa boleh menipu ingredient produk depa masa menghantar dokumentasi untuk apply NOT. Tu yang tetiba NOT kena tarik balik bila KKM dapat detect sesuatu produk mempunyai logam berat seperti merkuri. Jangan jadi Sadiq Sigaraga sangat ok! Habis 2 abdul kena tipu dengan putar belit dia. hehehehe

Ni untuk perhatian semua pengeluar & pengedar produk kosmetik/skincare.. Hangpa rasanya sedia maklum adalah menjadi satu kesalahan mengiklankan produk kosmetik/skincare anda mempunyai kelulusan KKM. Kalau tak tahu mai sini nak bagitau..

Contoh Iklan #1:
”Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”

Kenyataan sedemikian tidak dibenarkan untuk diiklankan atau dinyatakan pada label produk kosmetik. Semenjak 1 Januari 2008, produk kosmetik dikawal melalui prosedur notifikasi iaitu pihak syarikat dikehendaki untuk mengemukakan suatu bentuk pengisytiharan kepada pihak KKM bahawa produk yang dipasarkan sentiasa mematuhi keperluan regulatori yang ditetapkan khususnya daripada segi keselamatan, kualiti dan kesahihan tuntutan produk yang boleh disokong oleh bukti yang mencukupi.

Huraian mengenai prosedur notifikasi tersebut membawa maksud bahawa pihak KKM tidak mengeluarkan bentuk pengendorsan atau kelulusan bagi mana-mana produk kosmetik. Walau bagaimanapun, produk kosmetik di pasaran dipantau secara berterusan dan tindakan regulatori akan dikenakan ke atas syarikat yang didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berwajib.

Selain mengiklan kenyataan dapat kelulusan KKM tu.. antara yang tak boleh di iklankan pada produk kosmetik adalah

Contoh Iklan #2:
Unsur grafik atau gambar yang mendedahkan payu dara pada label atau iklan produk kosmetik

Penggunaan imej yang menjolok mata contohnya gambar yang mendedahkan payu dara atau mempunyai grafik yang mempunyai isi tersirat yang bertentangan dengan standard moral serta akhlak masyarat Malaysia adalah dilarang sama sekali bagi produk kosmetik.

Selebihnya hangpa boleh baca sendiri di http://www.myhealth.gov.my

Apapun sebagai blogger yang ada membuat servis review untuk produk benda ni sangat penting untuk kita semua tahu supaya kenyataan dalam review kita tidak melanggar peraturan & undang undang. Takpe la yang lepas kita tak tahu tu.. Kita maafkan la diri sendiri yer. hehehehe

Moral of the story.. Semoga perkongsian yang santai ni memberi manafaat kepada semua. Kita semua adalah pengguna jadi sama sama lah kita mendedahkan kecurangan pengeluar & pengedar produk yang tidak beretika untuk kesejahteraan kita semua. Jangan terus biarkan diri anda di tipu sampai liang lahat.

1 comment:

  1. Teruskan menulis. Sisipkan juga link atau rujukan yang perlu supaya fakta anda tidak dapat dimanipulasi atau diputar belit oleh orang-orang yang tidak ada integriti dan etika. Mereka memang cari peluang menjadi 'gemuk'.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com