SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER

10/11/2017 10:53:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

SIKAP BUAT HAL SENDIRI BELUM TENTU KAU SELAMAT DARI SCAMMER. Memandangkan hari ni free sikit dari sebarang penulisan berbentuk review.. Meh la kita mengupas kupis & kopek isu isu semasa. Kalau asyik dok tulis review je pun nanti sel sel otak jadi kurang aktif sebab tertumpu pasa satu arah je hahahaha.. Jadi meh la kita mengaktifkan otak kita agar tidak blank sentiasa.


Saya tengok ramai golongan acah acah baik.. acah acah positif & acah acah hanya focus pada membina kejayaan dari sibuk hal orang lain pilih untuk bersikap jaga hal sendiri. Bagus.. dia tak sibuk nak jaga tepi kain orang kan. Memang la dia ramai follower sebab orang rasa dia icon yang berjaya buat duit berkepok kepok. Saya pun kagum jugak dengan orang macam ni. Cuma bukan saya la dari golongan macam tu.

Mungkin perjalanan hidup saya sebagai blogger ni dah tertulis kot.. Bahawa saya lebih suka menyebarkan isu isu semasa sebagai peringatan pada orang awam. Ye ye.. kami tau. Sebelum2 ni kami pun ada tulis gosip2 retis juga. Tapi blog lekatlekit memang dari dulu suka tulis isu semasa.

Bagi saya la kan.. Kalau semua orang ambil sikap jaga diri sendiri, jaga hal sendiri.. adakah jaminan kita semua termasuk yang jaga hal sendiri tu confirm selamat dari golongan penipu @ scammer ni? Dah tentu tidak.. Scammer dia tak sasarkan golongan yang lantang & banyak soal sangat tapi dia sasar jenis golongan yang suka buat hal sendiri. Yang ni target depa sebab depa rasa yang ni senang makan. Sekali suap dah boleh kunyah kunyah.. Sebab tu yang kena tipu bukan jenis yang berani & lantang mendedahkan kejahatan scammer. Tapi yang feelling malaikat bawah lindungan kaabah ni la yang selalu jadi mangsa. Asyik redha jer..

Dengan sikap jaga hal sendiri ni la kadang2 seolah olah membiakkan golongan scammer sebabnya kejahatan mereka tak ada sapa peduli & nak dedahkan. Masing masing konon nak jaga rice cooker sendiri kan.. selagi orang tak cedok nasi dalam rice cooker dia, dia rasa dah ok. Nak cedok dalam rice cooker orang lain tu lantak la. Suka la scammer dengan golongan macam ni. Bagus budaknya.. Tak sibuk nak jaga tepi spender scammer. Senang kojo den nak scam ramai orang sampai den jadi jutawan. So depa boleh bermaharajalela.. Sampai satu masa bila golongan yang acah acah mulia dengan ambil sikap jaga hal sendiri ni kena tipu atau ahli keluarga depa kena tipu.. gamaknya sapa depa cari untuk merujuk atau menuntut pembelaan? Kebanyakkan kalau tak berjaya guna saluran undang undang yang memerlukan kos ni.. Depa akan cari pejuang pejuang yang lantang jugak minta tolong. Bayangkan tak ada siapa volunteer nak bersuara dedahkan kejahatan scammer.. Apa akan jadi?

Penipuan berleluasa.. nak nak zaman media sosial ni. Apa saja orang boleh buat tanpa batasan.. Ingat senang ke pihak berkuasa nak control aktiviti kat media sosial ni. Sebab tu perlu ada sikap rasa tanggungjawab mendedahkan sebarang penipuan untuk sama sama benteras golongan scammer ni. Kalau rasa takut & tak boleh just.. Jangan judge golongan yang cuba menyampaikan kesedaran tentang penipuan scammer ni sebagai golongan penyibuk. Support mereka secara silent pun dah membantu.

Mereka buat kerja berisiko bukan je di bakal di heret ke mahkamah untuk kesalahan sivil, malah berdepan dengan ugutan jenayah bagai. Satgi ada yang kata.. dah tau macam tu sapa suruh buat? Kalau depa tak buat hang nak buat ka? Tak kan? So better hang diam.. duduk mencangkung tepi tepi sikit. Jangan tanya banyak kali... kenapa perlu buat semua tu? Sebab supaya orang awam tidak terus menerus menjadi mangsa golongan ini meraih keuntungan atas kebodohan kita.

Bukan soal kau mampu atau tak.. Ini berkaitan kau nak buat atau tak. Golongan scammer ni ramai kaya raya.. Tapi adakah kaya dengan cara tu di kira berjaya?? Scammer ni bukan skim atau MLM jer, produk yang konon boleh rawat sekala kurap kudis, panau, jerawat batu bata dalam masa seminggu, alih2 bila di analisa ada clorox la, serbuk penaik la, merkuri la hapa, contest kat FB pun ramai scammer jugak.. Tipu orang konon dengan share dapat enpon bijak mahal yaraabi.. last last cuma scam nak raih followers & likers. Lepas dah ramai page depa jual dengan harga 4 - 5 angka.. Apa ingat tu tak di kira scam ke? tu contoh. Kalau kita nampak penipuan & kita diam, makin naik tocang la kan scammer. Habis semua orang buat lex buat peace selagi tak kena kat batang hidung sendiri. Semua nak kena sekelepuk atas kepala dulu baru nak sedar & nak di dedahkan supaya orang lain tak terkena. Masa tu baru ko sibuk meroyan nak cari orang minta tolong viral bagai.

Kalau semua ni tak ada pihak yang tampil untuk sama sama mendedahkan hangpa rasa mampu ke pihak berkuasa nak handle semua? Tak mampu ok! Ia perlukan kerjasama orang awam juga. Dan kalau tak ada aktivis macam mereka.. kita sendiri pun takkan dapat info berkenaan scammer secara meluas di media sosial atau mana2 media. Semakin berleluasa la golongan scammer kerana mereka mudah melakukan penipuan tanpa ada yang mendedahkan dengan berani.

Moral of the story.. Ada perkara kita perlu jadi seorang penyibuk untuk membenteras golongan scammer. Kau jaga poket sendiri, belum tentu kau selamat dari menjadi mangsa scammer. Jangan ingat kita terlalu bijak untuk jaga diri sendiri.. kadang2 kita masih perlu orang lain untuk berpesan pesan agar jadi panduan.


1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com