BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH

10/01/2017 10:42:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

BERANI GILA SELLER CUCUK DRIP PRODUK PEMUTIHAN SENDIRI KAT RUMAH. Zaman sekarang ramai pengedar produk kecantikkan secara auto macam pakar yang ada pengetahuan dalam bidang perubatan. Memang kagum tak payah belajar tinggi - tinggi pun dah berani suntik2 badan orang dengan ntah hapa hapa supplement & produk kecantikkan. Tanpa was was pulak tu.


Tadi terbaca posting dari satu group seorang gadis muda yang share gambar dia tengah Drip produk pemutihan yang dia jual kat rumah. KAT RUMAH OK! Hangpa tau ka drip tu macam mana... cucuk jarum kat saluran darah. Yang cucuk kat urat tu la. paham ke tidak hangpa ni?? Kalau yang pernah masuk wad maybe tahu la. Sakit woo.. Saya pernah sekali kena drip tu masa bersalin tapi sebab masa tu sakit bersalin tu lebih menguasai segala sakit yang lain tak berapa terasa sangat la sakit kena suntik jarum drip tu kat tangan.

Memang urut dada sampai leper juga la dengan keberanian seller2 produk zaman sekarang. Yang tempek2 kat atas kulit pun banyak dah kantoi bahaya & boleh menyebabkan kerosakkan organ, Ni kan yang suntik2 masuk dalam badan apatah lagi dengan kaedah drip macam ni. Direct terus wei ke dalam saluran darah.

Kononnya produk tu sangat popular di korea.. Almaklum la orang melayu sekarang gila nak jadi macam orang korea kan? Putih melepak sampai nampak urat hijau..Sebut produk dari korea je berbaris depa tunggu turn nak beli sambil membayangkan lepas guna pasti Oppa Oppa gangnam style melutut propose jadi bini. Depa rasa nampak urat hijau ni seksi kot.. Kang jadi alien baru la rasa nak pindah ke planet sebab tak sanggup nak duduk kat Bumi dah.

Tak tau la tahap keselamatan produk tu macam mana.. Even dia produk yang selamat tapi cara seller yang suntik & drip sendiri masukkan produk tu dalam badan dia ataupun pengguna memang tak selamat. Kau fikir cucuk cucuk masuk settle. Tak fikir produk tu sesuai tak dengan orang tu.. Dia ada penyakit ke tidak.. Yang kau tau dia bayar aku cucuk. Drip tu masuk terus ke saluran darah ok! Kau fikir saluran darah tu macam saluran paip singki kau ke?? Kalau tersumbat boleh simply buka & cuci. Alluakbar.. Urut dada sekali lagi. Sebab den tulis sambil membayangkan something buruk boleh berlaku. Time dah mudarat baru hangpa rasa macam mana sakit kena cucuk sana sini.

Saya tak kata kaedah ni tak boleh buat untuk kecantikkan.. Tapi bila di buat oleh orang yang tak ada tauliah memang jadi satu kesalahan & satu tindakkan yang berisiko tinggi. Hangpa yang obses nak jadi Kpop tak ketahuan hala tu... Mohon cari hidayah Allah la sekejab. Isghtifar banyak banyak. Kalau nak sangat cantik & putih macam kain kafan dengan cepat.. beli produk bawa pergi jumpa doktor. Sebab benda2 macam ni perlu melalui pemeriksaan kesihatan dulu. Bukan kau main cucuk je ikut suka kau macam penagih dadah tu. Mungkin setiap orang ada dos tertentu je boleh suntik. Yang seller acah acah doktor tu.. dia tau ke semua tu? Sekali lagi saya tak kata kaedah ni tak boleh, cuma buat la dengan orang yang ada tauliah dalam bidang tersebut seperti Doktor bukan dengan seller yang background dia cuma berpengalaman jual produk tu je.

Tak lama lagi.. Kat Malaysia ni bersepah orang buka klinik kecantikkan walau tak ada tauliah dalam bidang tu. Yelah.. asal berani suntik orang je kau dah boleh jadi doktor kecantikkan katanya. Penjual produk & perkhidmatan macam ni nampak semakin berleluasa. Depa tanpa rasa bersalah mengiklan produk & perkhidmatan depa... Hope KKM boleh buat pantauan & ambil tindakkan tegas sebelum ramai rakyat malaysia yang penangih suntik suntik nak putih ni tanpa pengawasan pakar. kan suntik suntik terus balut kain putih menyesal pun tak berguna. Bersedia je la jawab soalan malaikat dalam kubur.. Yang pasti takde dia tanya kau pakai produk apa kulit cantik sangat dalam kubur nanti.

Kesimpulannya.. Semua orang nak cantik termasuk saya. Lumrah & fitrah seorang manusia kot. Tapi gunalah cara yang selamat & tidak berisiko. Saya bukan nak kondem seller produk kecantikkan cuma harap mereka lebih ber etika & bertanggungjawab. Sebab ia berkaitan keselamatan & kesihatan pengguna. Cari duit ni memang tak pernah cukup & tak pernah puas even kita memiliki segunung emas pun sebab manusia memang ada sikap tamak tapi please.. kesian kan mereka mereka yang innocent yang teringin untuk cantik. Bantu mereka untuk jadi cantik bukan untuk berisiko mendapat sakit.

Moral of the story.. Orang sekarang ni memang berani tahap nirrojim bab bab nak cantik, mantap & hebat. Yang nak putih, yang nak ketat & yang nak size tut besar.. sanggup sumbat apa saja orang kata boleh memberi apa yang mereka nak untuk kepuasan duniawi.

4 comments:

  1. Adoii kalau sy memang tak lah nak cucuk2 ni. Takutt dgn jarum yer jgk. Huhu

    ReplyDelete
  2. Sanggup tanggung risiko sebab nak cantik punya pasal ye :)

    ReplyDelete
  3. orang bodoh jer gi suntik tak bertauliah ni...dia x tau segala mak nenek yg dia cucuk boleh jadi mcm2 penyakit mcm ketidak seimbangan hormon.boleh mengganggu emosi dan jadi lesu,brain fog.jadi pelupa hilang ingatan,sikit2 lupa .dan kaki2 gila krim putih ni semua....nanti tua menghambek la ko keracunan toksik dalam darah,sesak nafas,kerosakan ginjal dan pelbagai...kesan daripada logam berat yg dah masuk meresap dalam badan dorang dah tak dapat dikumuhkan oleh hepar@hati nauzubillah esok2 kalau dah umur 30-an badan berbisa,mengandung asyik gugur(merkuri dalam badan boleh gugurkan janin awal),jantung debar2.selalu migrain.lesu...keputihan tak hilang(sebab kecelaruan hormon),masatu boleh padankan muka sendiri

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com