TENGOK APA DAH JADI LEPAS GUNA CHARMS FOUNDATION & STAR GLOW SCRUB

10/05/2017 10:07:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

TENGOK APA DAH JADI LEPAS GUNA CHARMS FOUNDATION & STAR GLOW SCRUB. Lama rasanya tak cerita koleksi bag makeup terbaru. Almaklum.. dok guna yang mana ada jer. Bila dah ada warga baru ni.. Harus la show off sikit. Orang pompuan la katakan.. Dia tak perlu pandai makeup untuk suka pada kosmetik. Asalkan dia suka mewarna warnikan muka dia confirm la dia suka make up.


Dalam lama sebenarnya teringin nak try Charms Foundation ni.. Dok nampak iklan kat signboard tepi jalan je selalu.. Sama la dengan Star Glow Fairy Face Scrub ni. Selama ni usya dari jauh jer. Nak gapai tak sampai..Yelah tu atas signboard tinggi melangit tu. Tapi tu la.. Kalau rezeki kita, yang di langit pun dia terjun ke bumi jatuh dalam beg makeup sendiri. Dapat je dua benda Alah ni.. Tak tergambar senyuman di wajah. Kalau kata senyum sampai ke telinga tu kartun sangat la.. Tapi memang kembang kuncup hati berbunga mekar katanya.

Saya story one by on yer pengalaman guna 2 entiti ni.. Entiti kau! Tetap tu nak ada unsur seram seram cantik..

Charms Foundation ni saya guna yang white Dolly.. Code warna dia sedang sedang la. Tak la melepak macam opera cina tak la gelap macam tanah kubur. Motif tanah kubur jadi contoh kan? hahahaha.. maksud warna tanah yang coklat tu la. Sesuai la dengan kulit orang Asia yang tak gelap & tak putih melepak macam cheq ni..


Yang bestnya foundation ni.. testur dia walaupun matte bukan liquid tapi sangat sangat senang nak blend kat muka. Tak kira la pakai jari atau pakai berus. Kedua duanya saya dah cuba.. Dua2 pun memudahkan kerja nak touch up muka ni. Tu satu..

Walau kita sapu tebal sebab nak cover parut marut kat muka tapi tetap rasa ringan kat muka. Maksudnya kita tak rasa macam kita pakai foundation tebal pun. Takde la rasa macam tempek tepung gomak kat muka kan. Memang halus sangat testur dia. Bab cover saya puas hati juga la.. Almaklum la muka kawah bulan kan. Compang camping sikit so memang memerlukan coverage dengan foundation ni. Charms White Dolly foundation umpama menukar saya dari beast jadi beuty hahahaha.

Selain untuk menjadi bedas asas.. Charms foundation ni ada fungsi untuk mencerah & melembabkan kulit jugak. Testur dia bersifat mate so takde la nampak berminyak ke hapa.. Dan tak jugak nampak kering sebab mempunyai Oil base.

Paling penting senang nak apply & sekata je kalau sapu kat muka. Takde la.. bercapuk muka kan?


Mampu tahan sehingga 6 - 9 bulan.. yang ni paling best sebab jimat. Tak payah nak topup foundation 2 - 3 bulan sekali. Silap haribulan kalau jarang guna mampu tahan sampai setahun jugak. Setahun sekali beli foundation dengan harga cuma RM59 tak ke jimat namanya. Kau nak jimat celah bedah macam mana lagi kalau rasa foundation yang boleh tahan lebih dari 6 bulan cuma harga RM59. Habaq mai.. Kau nak murah macam mana lagi??? Tu dia.. emo dah! hahahaha

Cara nak pakai pun mudah.. Ikut keselesaan. nak guna tangan atau berus dua2 pun tak ada masalah. Tapi pastikan jari atau berus tu dalam keadaan bersih supaya tak effect apa2 kat muka. Make sure sebelum sapu foundation bersihkan muka dengan cleanser.. kemudian baru apply foundation. Kalau nak cover parut ke hapa just tebalkan sikit jer sapuan. Insya Allah.. segala aib di tutup dengan jayanya hehehehe. Boleh feeling muka kau glow macam cahaya bulan penuh gitu hahahaha.


Jangan risau nak guna charms foundation ni sebab dia di perbuat dari bahan bahan yang selamat & mempunyai khasiat yang baik untuk kulit. Antara bahan yang di gunakan..

 Apple Stem Cell 
• Mengatasi masalah penuaan.
• Mengembalikan keremajaan kulit.
• Mengatasi masalah jeragat.
• Mencerahkan kulit.

 Kolagen 
• Melancarkan kitaran darah
• Mencantikkan kulit agar lebih putih dan tegang
• Melambatkan penuaan
• Mencerahkan kulit

 Minyak Kelapa Dara 
• Melembutkan & mengurangkan kekeringan.
• Menegangkan kulit.
• Memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit.

 Minyak Zaitun 
• Untuk awet muda.
• Anti penuaan.
• Menyerikan wajah.
• Mengecutkan jerawat.
• Memudarkan parut

Produk ni memang berdaftar dengan KKM & ada melalui analisa di lab USM. Bermakna ada bukti selamat di gunakan & tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya.


Untuk Star Glow scrub pulak.. Hat ni bagui habaq mai!! Even first time scrub muka boleh rasa bersih & licin muka. Yang mana ada masalah jerawat, blackhead bagai.. Rasa elok juga scrub ni. Boleh bantu mengatasi masalah tu.


Bahan bahan yang di gunakan dalam Scrub ni juga banyak kebaikkan untuk kulit. Antaranya..

 Ekstrak Teh Hijau 
• Anti oksida yang kuat.
• Mengandungi bahan anti septik & anti bakteria untuk menyembuhkan jerawat.
• Mengimbangi pengeluaran minyak di wajah.
• Menyejukkan kulit yang ‘sunburn’.
• Menyegarkan kulit.

 Kolagen 
• Protein yang melindungi dan memperbaiki struktur kulit.
• Menutup parut berlubang.
• Meremajakan kulit wajah.
• Menegangkan & menganjalkan kulit.
• Mencerahkan kulit.

 Vitamin C 
• Sumber utama kulit cantik
• Anti oksida yang sangat hebat (mencerahkan & menjadikan tona kulit sekata).
• Merangsang pembentukan kolagen asli dari bawah permukaan kulit.
• Menganjal kedutan.
• Menghalang sinar UV.
• Melembabkan kulit.
• Memudarkan cela, jeragat & parut.

 Alpha Arbutin 
• Sumber alpha arbutin adalah dari daun bearberry kerana ia adalah ciri-ciri penghalang melanin.
• Memberikan kesan pencerahan berganda tanpa berlaku iritasi.
• Menjadikan kulit lebih flawless, glowing serta kemerah-merahan.
• Menyamakan tona kulit.

Yang mana ada masalah jerawat tu try la yer. 

Star Glow scrub ni fungsi dia lebih kepada membuang sel sel kulit mati agar muka kita nampak fresh bersih, licin & cantik la selain membuang kotoran yang melekat kat muka yang muka tidak tertanggal dengan hanya cuci guna cleanser. Bila kotoran tak habis di cuci tu la jadi punca masalah jerawat la, jeragat la.. kulit kusam bagai. Penting juga kita scrub muka ni ok!

Star Glow Fairy Face scrub ni kalau scrub muka rasa macam nak jilat jer sebab sedap sangat bau oren dia hahaha. Yang paling penting tak menyakitkan muka.. sebab biji2 scrub ntah hapa namanya.. tu kasar sangat. Sebab ada scrub yang biji2 scrub dia tu.. Alahai, mengalahkan kertas pasir. Rasa pedih bila tonyoh kat muka tapi Star Glow scrub ni tidak.. Rasa kesat tu ada untuk membuang kotoran & menanggalkan sel kulit mati tapi tak kasar sangat. Sedap jer bila scrub muka.. Rasa bagai di belai belai manja gitu. hehehehe

Cara guna macam biasa la.. Bersihkan muka dulu, lap sehingga kering kemudian baru scrub. Lepas scrub tu cuci & lap sampai kering. Korang akan rasa muka bersih sangat lepas scrub ok!

Jangan risau Star Glow scrub ni ada berdaftar dengan KKM & ada bukti melalui analisa lab di USM.


Apapun dua2 entiti ni memang best ok guna.. Terutama yang Charms White Dolly Foundation tu.. Dari beast jadi beauty terus hahahaha. Tak caya tengok la gambar kat bawah apa dah jadi..

Yang first tu muka selepas tenyeh dengan scrub.. Memang la nampak muka minta penampar lagi. Cuba tengok kat sebelah dia pulak muka lepas tempek Charms White Dolly foundation. Baru nampak muka minta cium kan? hehehehe
Paling yang mesti korang tahu produk ni bukan hanya untuk instant cantik malah kalau sentiasa di gunakan ia membantu masalah kulit jugak seperti masalah jerawat, parut, jeragat, kulit kusam & sebagainya. Bagus kan kosmetik yang ada fungsi macam ni sekali bukan sekadar untuk solekkan. At least kulit kita terjaga la jugak.

Sangat rekemen guna kedua duanya sekali. Sebab setiap satu mempunyai fungsi & kebaikkanya tersendiri untuk pulihkan kulit yang rosak.

Sekarang kalau beli 2 item ni (Charms White Dolly & Star Glow Scrub) Akan dapat percuma Ekslusif Oval Brush Charms. Pakai oval brush ni blend foundation memang hasil dia lebih sekata & cantik. Jadi kalau dapat free dah tak payah nak beli oval brush.


Selain dapat oval brush secara percuma korang berpeluang menang hadiah RM10,000. Boleh dapatkan borang di website www.charms.my

Atau kalau korang buat pembelian nanti pihak Hq akan selitkan borang bersama dalam pembelian korang tu.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi : 

 HQ Hotline: 

 +6012 3407882 
 +6010 8244278 
 +6010 2842992 

 Instagram : @charms.starglow_malaysiahq 

1 comment:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com