BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST

10.12.15 Suria Lekatlekit 3 Comments

BALQIS.. WATAK KANAK KANAK TERLALU MATANG PUN TAK BEST. Aku sempat jugak ikuti Drama Akulah Balqis walau tak consistent follow setiap episod. Cerita dia bagi aku takde la bangang sangat kita nak tengok. Takde la rasa bodoh dok nganga depan TV. Drama Akulah Balqis sebenarnya banyak moral of the story dia.. Mengetengahkan 2 kehidupan yang berbeza. Kehidupan keluarga kandung Balqis & kehidupan keluarga angkat Balqis. Kedua dua keluarga ni ada masalah mereka tersendiri.


Memang Balqis melalui dua kehidupan yang sangat2 berbeza dalam cerita. Tapi aku rasa watak Balqis tu macam terlebih over untuk seorang budak. Rasa macam tak best pulak watak budak budak macam tu. Macam tak berapa sweet sangat sebagai seorang kanak kanak yang involve dalam masalah orang dewasa & menjadi seseorang yang cuba nak selesaikan masalah rumahtangga antara Mak bapak angkat dia. Macam.. tak berapa sesuai untuk seorang budak & apa yang di buat dalam watak balqis dalam drama akulah Balqis memang tak berapa logik sangat bagi seorang budak seusia dia. Dia seolah2 melakonkan watak seorang dewasa dalam watak seorang kanak kanak.

Betul.. Di luar drama ni memang balqis agak bijak & matang dari usianya. Dari dia menjawab soalan2 wartawan atau pengacara rancangan talk show memang tak macam budak2 sangat walau jawapan dia tu klise je.. Jawapan yang biasa artis2 guna. Mungkin jugak dia meniru dari artis artis lain. Tapi dalam drama.. Walaupun watak tu nak tunjukkan dia seorang budak yang bijak tapi jangan nampak watak dia tu macam watak orang dewasa. Macam mana ekk nak cakap.. Kita biasa dalam kehidupan apa2 masalah peribadi yang melibatkan orang dewasa memang pelik la kalau tetiba budak2 nak menyibuk ambil tahu kemudian cuba selesaikan. Jadi watak balqis tu bagi aku macam tak real sangat untuk seorang budak.


Bukan aku cakap balqis berlakon tak best ke hapa.. Mungkin watak yang di bentuk untuk dia terlampau over dewasa sangat dalam drama tu. Pun macam tu dia sentiasa menampilkan lakonan yang sangat2 baik dalam apa2 drama sekalipun.

Apapun Drama Akulah Balqis.. Mengisahkan realiti yang berlaku. Mak bapak terlibat dengan dadah, anak terumbang ambing. Isteri yang terlalu mementingkan kerjaya sehingga membelakangkan keinginan suami. Suami pulak ambil kesempatan atas kekurangan isteri untuk jadikan benda tu alasan cari perempuan lain. Takde tipikal sangat la dengan trend drama2 sekarang kahwin tak cinta.. kemudian jatuh cinta.. kemudian ada orang dengki dengan kebahagian.. bla.. bla.. bagai. Not bad la drama akulah Balqis.

Ni pandangan peribody aku yer.. Bukan sebab aku memang suka kondem drama melayu. Yang best takkan aku nak cakap tak best. Tapi kalau yang tak best.. Berat rasa hati nak bagi pujian palsu. hahahaha

Tapi tengok pelakon kanak kanak sekarang habis satu drama keluar lagi drama lain macam life dorang hanya di set pengambaraan je.. Gamaknya depa sempat tak lalui kehidupan normal sebagai seorang kanak kanak macam kita dulu. Sempat tak depa buat aktiviti2 macam ni >> 18 Perkara Yang ada kaitan dengan kanak kanak di Malaysia << Kalau terlampau banyak job berlakon dapat. Yelah.. bekerja dari kecik. Kita masa kecik di kerjakan mak je kalau nakal. Nak bekerja betul2 dapat income ribu riban macam pelakon kanak kanak ni memang takde la kan. Setakat upah 20sen tolong pergi kedai tu ada la. hehehe

Apapun untuk si cilik Balqis.. Awak memang talented. Anugerah bakat yang sangat luar biasa dalam usia awak. Tahniah.

3 comments:

  1. Harapnya pelakon cilik ini terus success..

    ReplyDelete
  2. agree with u sis... akak baru nak post... haha... cam something x kena dgn watak balqis... akak slu tertanya balqis ni darjah berapa.... akak pun tak tgk citer ni, sekali tgk mmg rasa kepelikan dgn watak dia tak real....

    ReplyDelete
  3. tah la tak penah tgk ... mls nk tgk ... sbb aku dah tak tgk drama TV3 pukul 7 sebab time tu aku bz hahaha pastu pengalaman cerita yg lepas pelakon sendu kayu drama bosoh ... so aku tak de hati nk drama balqis ni .... tp aku tahu balqis mmg talented

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *