BIAR BLOG TIADA NICHE, JANGAN JADI BLOGGER TAK ADA IDENTITI

18.12.15 Suria Lekatlekit 4 Comments

BIAR BLOG TIADA NICHE, JANGAN JADI BLOGGER TAK ADA IDENTITI. Niche tu apa? Mesti ada jugak orang yang tak tahu atau tak  paham. senang paham tema atau konsep penulisan  la.. Contoh ada blogger yang hanya cerita pasal percutian dia je. Tu la niche blog dia. Mungkin dalam kategori travel blogger. Contoh nak tahu apa yang travel blogger & food blogger suka buat, ni lah >> Bosan asyik buat benda sama je setiap hujung tahun? Cuba 8 tips yang BEST ni! << Ni kalau travel blogger takde plan aktiviti baru boleh jugak try. Benda ni bagus jugak cuba at least sekali seumur hidup supaya tak menyesal katanya.. Op's lari tajuk pulak. Gitu Niche dari sudut pemahaman aku.. Kalau salah tolong betulkan.hehehehe


Blog aku mula2 berblog lebih kepada personal je.. lepas tu lama2 sikit banyak tulis isu2 semasa.. di pertengahan episod mula berjinak jinak dalam dunia seram maka banyak tulis cerita & review filem seram. Kalau nak kata aku baru sekarang minat cerita seram.. tak jugak. Dulu zaman deting2.. memang tengok wayang asyik cerita hantu je sampai orang tu pun terpaksa layankan jugak. Bila dah kahwin & ada anak.. sebab keadaan tak mengizinkan tengok wayang tercetus idea nak tengok dvd je. Dari situ tercetusnya nak tulis cerita seram kat blog bukan sebab aku nak tiru sesapa malah aku sendiri pun tak tahu feedback entri kisah seram ni kalau tulis kat blog. yang aku tau aku nak tulis benda yang aku suka je. pun tapi bukan aku blogger pertama yang tulis cerita seram kat blog. Bersepah blog yang bertemakan mistik & misteri ni. Walaupun sampai sekarang aku tak tulis blog dengan 1 niche je. Blog aku macam rojak.. macam macam ada. Kadang2 aku jadi blogger masakan.. kadang2 ada jugak parenting blogger... kadang2 entertainment blogger.. blog berita.. blog gosip.. blog membebel.. blog melahar.. Ikut suka aku je la aku nak cerita pasal apapun. Tapi sejak dua menjak ni memang aku lebih di kenali sebagai blogger cerita seram la. keywords hari2 pun penuh unsur seram,mistik & misteri je. hahahaha. Akan datang mungkin berubah.. tu tak boleh bagi jaminan.

Biarpun blog kita ni kategori tak berapa ada niche walaupun setiap blog tu ada niche dia cuma kita je kadang2 tak pasti apa niche blog kita tapi tak bermakna kita perlu jadi blogger yang takde identiti asyik tiru je apa yang orang lain buat. tengok orang tu buat macam menyerlah sikit kita pun nak buat walaupun skill kita sebenarnya bukan menulis perkara perkara macam tu.  Contoh la macam sipolan tu tulis cerita & review filem2 seram.. (erkk aku ler tu) tetiba yang tak pernah2 tulis konsep2 macam tu pun nak buat benda yang sama padahal sebelum sipolan ni menulis takde pulak dia terfikir nak tulis. Tapi bila tengok orang lain menyerlah sikit dalam cerita2 macam tu tetiba je dia minat nak tulis benda yang sama. Tu cuma contoh yer.. Bukan merujuk kepada sesiapa. Saja je ambil contoh tulis cerita seram sebab aku suka tulis cerita seram. hahahaha. Cuba tulis apa yang kita betul2 mampu & memang boleh buat. Insya Allah kat situ nanti akan membentuk identiti kita dalam penulisan blog. Jangan asyik meniru je sampai bila2 pun susah kita nak tahu apa kekuatan kita sebenarnya.

Aku bukan la blogger top yang hebat mahupun kebabom.. Aku cuma blogger yang orang meluat je dengan penulisan lantang aku.hahahaha. Tapi ni sekadar pandangan peribadi aku sebagai blogger yang tak layak orang panggil newbie dah walaupun blog level2 buah cempedak di luar pagar lagi.

Moral of the story.. Tak perlu la setiap masa kita nak mencedok idea orang untuk tulis entri atau asyik nak tiru konsep orang je. Sama niche tu tak salah cuma yang jadi salah bila kita buat sesuatu yang memang sekadar meniru tanpa ada kekuatan sendiri. Serius takkan kemana kalau sekadar meniru. Sebab dari pengalaman aku sendiri masa mula2 tulis blog memang kita rasa nak tiru cara penulisan orang lain yang kita rasa lebih dapat perhatian tapi sebab bukan kekuatan kita & kita buat sekadar nak jadi macam orang tu, memang tak bertahan. Kalau korang baca blog aku dari awal.. boleh bezakan macam mana aku sebelum ada identiti sendiri sampai sekarang ni Alhamdulillah.. Blog aku ada la identiti dia sendiri.

Kekuatan setiap orang tak sama walau ada minat yang sama. Contoh aku pun suka jugak jenjalan, pergi makan sana sini, ada juga travel sana sini tapi sebab aku memang tak pandai nak tulis cerita atau review pasal benda2 macam tu so dalam blog aku jarang sangat nak tulis. Sebab aku tahu bukan skill aku menulis semua tu sekarang. Maybe akan datang tak tau la tetiba jadi food blogger atau travel blogger pulak kan. kadang2 kita kena ada kreativiti sendiri menulis walau dalam isu yang sama. Kalau setiap masa kau asyik cedok je.. Orang pun menyampah. Jadi.. nak jadi blogger bukan setakat kena rajin cari bahan cerita, kena jugak rajin guna otak sendiri bukan asyik nak menumpang idea orang. Sebab kalau kita sentiasa dok copy idea orang memang sampai bila2 pun blog kau takkan ada identiti. Kekuatan seseorang blogger tu adalah identiti tak kira baik atau buruk. Jadi.. carilah identiti sendiri dalam berblog. Tak perlu selalu sangat nak meniru identiti orang.

4 comments:

  1. Aku pun tak tahu apa niche blog aku tapi memula memang cerita personal... lepas tu tulis gosip... then aku mmg. mengaku aku start buat entri misteri sebab blog kau ni laa.. cuma takdelaaa tulis citer seseram kau... cuma minat kisah misteri aje... maaf ye kak kalau trase macam aku ada kopi style kau ke pe... hahhaha... maklumlah aku insan biasa... walaupun kekadang aku bengang dengan kau... tapi kaulah mentor aku dalam memblogging ni.... huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehhe..nice one!
    iolls blogger #hentamsahalah ..boleh?

    ReplyDelete
  3. betul..benda ni tak boleh nak ikut2 orang.akak sendiri tak reti nak tulis tentang travel sana sini.Tak reti nak bercerita.sedangkan kat fb pun tak cerita sebab tak reti nak mula dari mana jadi kat blog pun memang tak de la...kita cerita tentang benda yang kita suka cerita dah la.ak ikut2 orang ni rasa tak puas .

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!