BUKAN FAZURA SEORANG JE TAK FAHAM MAKSUD KIMK

3.12.15 Suria Lekatlekit 6 Comments

BUKAN FAZURA SEORANG JE TAK FAHAM MAKSUD KIMK. Kesian retis bernama fazura di hentam sebab menghentam salah seorang peminat yang komen gambar dia dengan kengkawan dia kat IG. Sebenarnya benda ni salah faham jer.. Yang peminat maksudkan lain.. Yang fazura ni faham lain. Bila dia terlalu emosi, terus sound tak pandang kiri kanan dah. tak tanya dulu apa yang peminat tu maksudkan. Orang sekarang biasa la.. dia punya ejaan short form jangankan fazura kadang2 makcik2 macam aku ni pun tak faham jugak.

Sumber Google

Dalam isu Fazura & peminat dia.. Peminat tu mungkin tak jangka fazura tak faham short form tu. yang si fazura pun amboi garang sungguh. Bila dah tahu cuma salah faham.. Kan dah malu bila jadi viral. Tapi tak patut jugak 100% kesalahan tu letak atas fazura.. KimK memula aku pun tak tau pekebenda tapi aku tak terfikir pun macam fazura fikir. Apa nak malu mengaku aku memang tak tahu pun kimK tu apa kalau benda ni tak jadi viral. Jadi ketahuilah.. Walau short form tu kita rasa familiar dengan semua orang tak semestinya semua orang tahu apa yang kita maksudkan.

Masalah kita sebagai manusia ni selalu rasa.. Orang faham apa yang kita faham. Tu yang berlaku salah faham. Lagi satu terlampau banyak orang suka guna ejaan sms ni walhal zaman sekarang zaman media sosial, whatsapp bagai.. dah boleh taip panjang panjang. Caj tak di kira macam sms pun jadi tak perlu nak nak terlampau pendek sangat ejaan sampai orang lain jadi tak paham. Ye.. mungkin dalam 10.. 9 orang tahu apa tu KimK tapi kena ingat masih ada seorang yang tak faham macam aku ni.

Ada baca jugak fazura tak nak minta maaf kat peminat atas salah faham yang berlaku.. Peminat pun sebenarnya kena jugak minta maaf dengan fazura. Dua2 ada bahagian salah masing masing sebenarnya. Sorang salah eja.. sorang salah faham dan mencetuskan kontroversi yang agak hot & spicy yang menjejaskan imej si retis tu la. Yang retis pulak.. Sepatutnya minta penjelasan apa dia maksudkan dengan KimK tu sebelum menyembur. Biar kita nampak bodoh jangan kita berlagak pandai akhirnya kita sendiri yang memperbodohkan diri sendiri. Melainkan kita pandai coverline lepas buat benda yang memalukan diri sendiri macam ni >> 20 Individu yang buat perkara memalukan diri sendiri menjadi sesuatu yang paling epic <<

Moral of the story.. Isu fazura & peminat jadi salah contoh betapa buruk kesan penggunan ejaan yang pendek ni. Kesilapan tu mungkin nampak kecik tapi kesannya sangat besar nak2 berlaku pada seorang selebriti yang cantik.

6 comments:

  1. baca jugak pasal benda ni selamat..riuh instagram fazura dibuatnye..tapi fazura patut xmudah melenting and minta maaf je la dekat peminat tu..sebab dah namanya salah faham kan...femes akak tu dibuatnye.

    http://prettyvrach.blogspot.my/2015/12/kisah-accident-semalam.html

    ReplyDelete
  2. Hehehe. Kathy pun sbnrnya tak tau mksd KimK tu. Kim Kardashian ke? Hehhehhe.

    ReplyDelete
  3. Daripada timbul salah faham lebih baik buat full spelling senang..hihi..kalau nak buat short forms juga pada perkataan yang mudah2..

    ReplyDelete
  4. eh, takkan short form pon salah guna..haha..org yg tak paham tu yg patutnye jgn buat2 paham pastu sentap..kesian peminat tu plak macam bersalah..hehe

    ReplyDelete
  5. Yalah bila dah terlalu banyak shortform, memang pening kepala terutama buat makcik-makcik macam kitakan. Semalam pun dengar deejay radio ni kata dia kalau tulis perkata 'how is...' dia akan tulis jadi 'hs'. Tak ke mendatangkan kekeliruan bila ada yang anggap 'hs' tu mungkin 'his' atau 'has'. Kawan akak pun pernah sekali dia tanya apa maksud akak tulis 'canx' Akak jawab 'cancel' tapi dia mati-mati hidup semula ingatkan itu maksudnya 'cannot'

    Eh, akak pun dulu tak tahu tau apa ke bendanya 'ootd' Nasib baik sempat berguru dengan pakcik google tau!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!