CINCIN NI TAK MUSTAHIL BOLEH JADI SENJATA MEMBUNUH ORANG

29.12.15 Suria Lekatlekit 1 Comments

CINCIN NI TAK MUSTAHIL BOLEH JADI SENJATA MEMBUNUH ORANG. Sekarang ni ramai orang suka berfesyen agar nampak trendy walaupun kadang2 nampak mangsa fesyen. yelah.. semua nak cipta imej tersendiri konon nanti bila orang tiru maka dia la dapat nama sebagai pencetus fesyen macam tu. Pernah aku baca fesyen pakaian yang tayang kemaluan. Kat tut tu di dedahkan.. Gila syaiton nirojim punya fesyen. Ada ke orang nak pakai fesyen pelik2 macam tu. Yang lain2 elok je tutup litup tang tut pulak di buka. Tu la kan bila manusia rasa kemaluan tu bukan organ yang patut di malukan..

Tu yang fesyen terang terang gila. Memang melawan fitrah manusia.. Banyak lagi fesyen sekarang yang kadang2 tak sesuai nak2 lagi fesyen label muslimah ni. Sebab kemuslimahannya tu macam tak berapa cukup syarat. Rasanya tak patut di letak dalam kategori fesyen muslimah.. Cukup sekadar dalam kategori fesyen je. Nanti boleh memesongkan pemahaman orang lain tentang fesyen menutup aurat sekarang ni.

Tapi kalau dah berhijab tu rasanya tak sesuai sangat la fesyen ranggi2 macam ni.. Lebih sesuai dengan fesyen sopan. Nak2 lagi menggayakan cincin macam ni.. Aku yang tak berapa tutup litup pun rasanya tak tergamak nak pakai macam mana la OhBulan boleh senaraikan cincin ni sebagai salah satu eksesori yang trendy macam ni >> Untuk tengok gambar cincin ni clik kat sini>> Tip Bergaya Ringkas & Trendy <<


Silap haribulan ada yang mati kena tikam atau buta mata kena cucuk. Hahaha.. dah la design ganas semacam memang tak sesuai la di gayakan oleh perempuan2 melayu nak2 lagi yang berhijab. Elok2 pakai tudung nampak gud gud je.. tetiba tang jari cincin macam syaiton nirojim.. Reject orang nak buat menantu. hahaha

Moral of the story.. berfesyen tak salah.. Tapi berpada pada. Banyak trend yang cecantik & stylo yang bakal mertua tengok pun tak sakit mata. tak perlu jadi lain dari yang lain sampai nampak macam alien

1 comment:

  1. huhu..betul tu..

    cincin biasa yg pakai skang ni pun asyik terkena kat anak..sakit dia..huhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!